Monday, January 2, 2012

Recovery Project | GP Dunia by Sharkfin



Album ini dirakam dan diedarkan pada tahun 1999 oleh Brain Music yang uruskan oleh hjrozman ketika itu. Mengambil konsep 'trend setter' yang selalu diamalkan oleh hjrozman, beliau telah mengenengahkan konsep dance group yg menjadikan muzik keras spt metal grunge bagi menampilkan kelainan dari penyanyi wanita (kumpulan atau individu) ketika itu.

Album mini dengan 4 buah lagu ini diberi tajuk 'INTRODUKSI BRUTAL'. Konsep ini telah mendapat perhatian dari label2 besar namun perjuangan 4 anak dara ini terhenti atas beberapa sebab dan gagal meneruskan rakaman album penuh. Walaupun SHARKFIN ini tidak sempat mencapai kemuncak erti kegemilangan, namun aktiviti show yang padat sepanjang setahun sejak album ini diedarkan membuktikan bahawa konsep ini mula diterima pendengar2 muzik Malaysia dan mula mendapat permintaan utk dimainkan di radio2.

Sepatutnya mereka harus meneruskan album penuh tapi kita manusia hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan akhirnya....Video klip yang telah disimpan hampir 10 tahun ini akhirnya diuruskan oleh LOONAQ RECORDS yang ditubuhkan oleh hjrozman bersama Man Senoi (penerbit album Sharkfin ini) sebagai usaha mendokumentasikan semua lagu2 dan album2 yg pernah dicipta dan dikeluarkan serta diuruskan oleh hjrozman menerusi label2 indie yang bermula dari KARUN SENI, SONIC ASYLUM RECORS, AROMA PRODUCTION, KIRAWANG MUZIK, ASYLUM RECORDS SDN BHD dan akhirnya NEURON Records.
Previous Post
Next Post

0 comments: