Friday, December 6, 2013

Smile Band - Album terbaru dari Loonaq Records


Dengarkan lagu-lagu terbaru dari kumpulan anak2 muda dari kota Jakarta Timor yg mengasyikkan bakal ngetop untuk tahun 2014 ini. Kumpulan ini dianggotai oleh AYES (vocal), Moey (guitar), IBENK (bass) dan DICKY (drum) dan sering mendapat undangan bareng dan manggung di mall, karaoke center dan pub di sekitar kota Jakarta sejak tahun 2013 lagi. 

Loonaq Records Indonesia

Album ini akan dilancarkan secara rasmi semasa pelancaran CV Loonaq Records Indonesia tidak lama lagi, insyaaAllah!



Wednesday, August 14, 2013

Mendigitalkan Pemasaran Musik dari Asia Tenggara!

Berkunjung ke Radio Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia.
























Alhamdulillah, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, mohon maaf zahir dan batin atas semua perkara terutama tersilap dan khilaf sepanjang penulisan blog ini telah dilaksanakan.

Usaha Loonaq semakin mendekati kepada haluan yang lebih tersusun dan kemas apabila semua konsep dan tatatur perancangan yang dimulai pada awal tahun lepas (2012) sudah mula menampakkan wajah atau pandangan perspektif dari sudut pelbagai dimensi - ke arah mewujudkan Portal Pemasaran Digital (Digital Distribution Platform) yang pertama di Malaysia, secara bebas dan berkendiri! Dan yang manisnya adalah kejayaan Loonaq menembusi pasaran Indonesia secara tuntas dan kemas, dengan dimulai dari pinggir Aceh terus menuju ke Bandung dan Jakarta, dan insyaaAllah kami akan ke kota Pekalongan minggu depan bagi memeterikan beberapa lagi projek usahasama rakaman atau licensing deal; terima kasih Pak Awan Toha dan Pak Mayadis yang begitu bersungguh-sungguh mengusahakan program Rangkaian Usahawan Musik anjuran Loonaq dapat dilaksanakan dengan jayanya.

MSC Status

Hari ini juga kami telah mengunjungi pejabat Multimedia Development Corporation bagi memulakan proses permohonan status MSC untuk Loonaq Sdn. Bhd. memperkasakan lagi usahanya ke arah menjadi Portal Pemasaran Digital khusus untuk kandungan audio, muzik dan video. Sebenarnya status ini adalah untuk menjadikan www.loonaq.my mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pihak-pihak pemain industri digital dunia lebih mengenal dan memberikan reputasi yang lebih tinggi untuk berbincang sebarang urusan perniagaan digital sedunia.

Dunia Eropah dan US serta Korea dan Jepun telah mendahului kita dalam pemasaran digital muzik ini dan mau tidak mau memang kita terpaksa bersaing ataupun bersama-sama mereka dalam perniagaan ini. Kejayaan Loonaq setakat ini dalam menjenamakan Loonaq.My telah menghasilkan Loonaq dapat menandatangani beberapa perjanjian pemasaran dengan pemain-pemain bertahap dunia, dan tentunya kesempatan ini kami ambil untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan digital.

Sebenarnya kami masih belum berniaga lagi! Usaha kami lebih banyak untuk membuat R&D dan beberapa ujikaji pemasaran dan promosi media sosial selain dari usaha menjenamakan Loonaq dan juga artis usahawannya, membuat contoh-contoh konsep dan mencari ruang serta peluang  'Be Seen. Be heard & Get Noticed".

Penyumbang 'free content'

Namun masih ramai lagi artis dan label indie yang masih 'angau' dan 'mamai'. Daripada bekerjasama dengan kami atau label lain bagi mendigitalkan pemasaran muziknya, mereka fikir lebih baik terus saja bagi 'free' kepada semua. Kepada anda semua yang masih memiliki rasa angau dan mamai ini, teruskanlah menjadi penyumbang dan penderma kepada Youtube dan Google, media sosial dan lain-lain portal gatekeeper yang dah memang kaya raya dan mendominasi pasaran muzik sedunia...




Tuesday, June 25, 2013

Loonaq Records ke Pemasaran Digital - Kerjasama Dengan Believe Digital (France)


InsyaaAllah, Loonaq Records sedang dalam proses perbincangan serius ke tahap menandatangani Perjanjian Digital Licensing seluruh dunia yang bermakna semua lagu-lagu yang diterbit atau diserah hak licensing kepada Loonaq Records akan didagangkan secara digital di kedai-kedai digital download popular seluruh dunia.  Ini termasuk iTunes, Amazon Mp3, Google Play, Spotify, Deezer dan beratus lagi kedai digital seluruh dunia yang kebanyakkannya berpusat dari Erapoh dan USA.  

Believe Digital adalah salah sebuah pemberi khidmat "digital aggregator" dari France yang menghubungkan produk-produk lagu atau album samada indie label seperti Loonaq Records dan label indie yang lain dengan digital stores dan streaming platform. Alhamdulillah, bukan mudah untuk sesebuah indie label yang baru, dan yang berasal atau berpusat dari rantau Asia Tenggara seperti Malaysia atau Indonesia untuk diterima menjadi Partnership Content Provider kepada mereka, atau mana-mana syarikat/pihak "aggregator' yang lain. Benar, ada yang sudah diterima tetapi kebanyakkan mereka itu mendaftar dengan membayar sejumlah wang (USD) untuk mendaftarkan lagu atau album mereka. Dan sekiranya adapun yang diterima, sudah tentulah faktor utamanya adalah populariti sedangkan kita maklum produk artis-artis dari Loonaq Records adalah pendatang baru atau belum popular...lagi. 

Jadi, apakah faktor utama yang membolehkan Believe Digital menerima Loonaq Records? 

Kami fokus kepada online, media sosial dan blog, baik dari segi pemasaran dan juga promosi yang berterusan di facebook, youtube dan tweeter.

Support yang produk artis-artis Loonaq Records yang dijangkakan dapat diperolehi adalah tambahan PROMOSI yang dapat meletakkan nama-nama mereka atau bands/group setaraf dengan artis/band dari seluruh dunia terutamanya dari Barat.

Jadi pihak kami berharap artis-artis di bawah Loonaq Records dapat memunafaatkan fanpage, youtube dan twitter acc mereka dan juga promosi yang kami mulakan di beberapa digital muzik provider seperti soundcloud, reverbnation dan lain-lain secara konsisten. Percayalah, insyaaAllah kita pasti berjaya.

Tuesday, March 19, 2013

Anda perlukan syarikat rakaman?





















Assalam. Saya masih banyak menerima permohonan untuk menjadi artis rakaman dari sumber2 portal Rangkaian Usahawan Muzik-www.loonaq.my atau dari page rasmi Loonaq Records www.facebook.com/LoonaqsPage samada posting terbuka atau pun pesanan kotak (inbox message).  

Siapa yang masih perlukan syarikat rakaman (records label) di zaman digital sekarang? Anda boleh buat muzik dgn pelbagai software rakaman yg terdapat di pasaran sekarang contohnya Reason, Sonar, Cubase, Pro Tool dan lain2; anda boleh rakam gitar live, rekod vokal dalam bilik menerusi PC atau laptop dan bila siap terus upload ke mana2 media social utk mempromosi termasuk yg popular seperti Youtube dan Facebook.

Bersabar dan mungkin anda diterima oleh pendengar atau tidak, bergantunglah pada penerimaan masing-masing. Hakikatnya anda sudah jadi artis, tak kisahlah kalau dilabel oleh orang2 yang memang suka melabel sebagai artis Youtube ke, artis FB ke, artis twitter ke atau artis mee segera, yg pentingnya anda buat kerana bakat anda dan biarlah mereka... Dah ramai yg buat, dan ada yg berjaya! Reality berlaku bermula dari fantasi.

Syarikat Rakaman akan pupus?























Jadi kenapa anda perlukan syarikat rakaman? Ohh anda nak orang jaga anda, bimbing anda masuk dalam industri jadi duit? Syarikat rakaman sekarang sudah jadi 'legend' saja, tak lebih sebagai satu ungkapan yang kini sebenarnya takda apa2. Tak lama lagi industri syarikat rakaman (recording company) akan pupus, penjual kedai muzik juga akan pupus. Studio rakaman juga akan pupus. Industri musik akan pupus juga?


TIDAK. Industri muzik tidak akan pupus sebab ianya adalah salah satu keperluan fitrah kepada kehidupan manusia sejagat. Perniagaan yang berubah. Jadi kenapa mentaliti manusia yang punya bakat tak nak berubah? Bakat anda akan pupus kalau anda tak berubah mengikut kehendak manusia berhubung atau mengendalikan kehidupan mereka dengan muzik.

Monetizing, Content Partner, Contentpreneurs dan Digital Platform


Monetizing adalah istilah baru dalam perniagaan muzik. Usahawan muzik termasuk artis pencipta karya, penyanyi, pemuzik malah pendakwah (dae'), ustaz2 juga sekarang telah diistilah sebagai usahawan konten "Content Creator" atau Pencipta/penerbit Pengisian. Jadi Loonaq Records bukan dan tidak sama sekali menawarkan perkhidmatan sebagai Syarikat Rakaman. Loonaq Records bekerjasama dengan "Content Creator" sebagai Content Partner dalam istilah yg lebih luas iaitu Contentpreneurs (usahawan+content creators) dan melabur pada bakat2 vokalis yg tak pandai buat material. Kami sediakan platform utk komuniti usahawan contentpreneur utk monetizing konten mereka.

Perggh! memang payah nak beri kefahaman kerana kebiasaan telah menjadi budaya. Yang tak berubah akan pupus sebelum waktu.

Sunday, March 17, 2013

Islamik Pop: Jenama Membangunkan Ummah

Grafik oleh Ahmad Zahir 2020

Assalamualaikum WBT. 

Artikel ini sekadar mengingatkan diri kami dan umat Islam semua agar tidak terjebak dengan pemikiran sempit lagi ekstrim untuk menolak pandangan-pandangan membuang dan mengelak menggunakan sepenuhnya teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh musuh-musuh Islam iaitu dakyah memesongkan apa yang Allah dan RasulNya tegah, sebaliknya mempromosinya sebagai suatu aspek kemodenan, keterbukaan dan cara hidup (lifestyle) menerusi SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS dan SMOKE. Perjuangan mereka untuk mengubah aspek ketamadunan dan budaya manusia keseluruhannya serta untuk menolak kuasa Tuhan atau mempercayai Tuhan bukan baru bermula, malah ianya dirancang dengan rapi, sehinggakan ibu-ibu melahirkan tuannya, membuang rasa malu dan kerakusan terhadap keseronokan dunia.

Adakah kita mahu tunduk dengan musuh-musuh Islam yang menggunakan sepenuhnya teknologi masakini mempengaruhi aspek nilai-nilai kerohanian murni kita? Adakah dengan berpendapat bahawa mengelakkan teknologi merupakan jawapan yang rasional dalam dunia moden sekarang? TV, komputer dan skrin memang tidak dapat dinafikan menjadi signikan besar terhadap keperluan manusia masakini termasuklah umat Islam, dari orang biasa hinggalah kepada imam-imam dan ulama serta pemimpin, semua memerlukannya termasuk untuk mempromosi Allah dan keEsaannya, Nabi-NabiNya dan lain-lain bagi mencipta atau mengekalkan tamadun agama ini.

Menolak kuasa Tuhan?


Justeru itulah kami bawa perjuangan ini untuk mengajak seluruh umat Islam bermula dari pengkarya/pencipta dan mereka yang berbakat untuk menyampai atau membuat persembahan dengan bahan-bahan yang baik dan sesuai dengan norma-norma etika Islam; walaupun terpaksa kita berlembut sedikit dengan memberi peluang kepada anak-anak muda dengan disokong minat mereka mengikut naluri kesukaan masakini spt lagu-lagu pop, metal, rock, dubstep dan lain-lain. Namun ini bukan perjuangan kami sebagai individu semata, ianya adalah perjuangan semua umat Islam termasuk menyokong dan memastikan pelabur-pelabur yang membuat pelaburan mengusahakan bahan-bahan ini (label/pemuzik/artis) untuk masuk ke wilayah-wilayah SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS DAN SMOKE secara bertubi-tubi mempromosi mungkar dan membuang malu pada setiap diri Muslim dan Muslimah, dan ianya bukan agenda bermusim atau sekadar ada sahaja. 
Tak perlu lagi kita huraikan tentang peranan yang telah dan sedang serta akan dijalankan menerusi skrin, songs, seks dan sports kerana itu semuanya telah di integrasikan menjadi satu teknologi iaitu telekomunikasi satelit dan digital yang semuanya boleh dihubungkan menerusi satu telefon bimbit sahaja dan apa-apa gajet-gajet untuk keperluan multimedia. Berikutnya, muncul media social dan community page untuk memudahkan mereka memasukkan ideologi dengan berita-berita fitnah atau adu-domba bagi menggalakkan permusuhan terutama kepada sesebuah organisasi keagamaan. 

Atas perkataan SMOKE kebiasaannya orang akan merujuk kepada rokok tetapi sebenarnya adalah sumber asas kepada 'api' dan apabila merebak keluarlah perkataan terbakar (fire). Apa yang mereka bakar?


Racun-Racun Fitnah



Dulu kebanyakkan perkara agenda mereka adalah perang semata dengan membakar dan melupuskan sejarah, membinasakan tamadun dan budaya serta memporak-perandakan salasilah dengan penghapusan etnik termasuk merogol dan membiarkan mangsa melahirkan anak2 luar nikah yang tidak ketahuan asal-usul warisannya, agama atau kepercayaannya, kebangsaannya atau keneragaannya. Namun kini agenda smoke adalah dengan membuat racun2 fitnah, mempersoalkan asas keagaaman termasuk menyokong separuh dan menidakkan separuh, mencampur-adukkan kitab2 dan terkini memasukkan ayat2 suci Al-Quran yang salah atau disalah tafsirkan dan banyak lagi.

Assalam.

Wednesday, January 2, 2013

2013 telah bermula...Jihad Bermula?

Saya tak berapa teruja sangat nak menyambut, memberi ucapan salam atau selamat tahun baru, menghadiri pelbagai program, festival, karnival, pesta dll yang khusus atau tidak, baik yang dibuat untuk meraikan tahun baru ini secara komersil semata, atau dicampur-baurkan bersama pengisian rohani atau total ke arah program keagamaan saja.  Bagi saya, ini bukan jelmaan atau ilham yang digarap oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW terutamanya di zaman 4 khalifah2 yg dijanjikan syurga oleh Nabi apabila menetapkan bahawa tahun baru bagi umat Islam adalah diambil dari peristiwa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah. Noktah. Muktamad. 

Gambar hiasan: Kumpulan Safiya yang dianggotai oleh 3 wanita 'converted muslim' atau muallaf  iaitu dari kiri Valerie, Nurain T dan Leia AzZahrah ketika membuat rakaman program Nurani terbitan RTM untuk sambutan Hari Raya 2013 menyanyikan lagu popular mereka "Cinta Muallaf"

Sambutan Tahun Baru


Saya lagi bertambah pelik jika ada program-program yang diwujudkan atas sifat sambutan tahun baru ciptaan Yahudi dan Nasrani (yang telah disebut sebagai musuh Islam dalam Al-Quran secara nyata dan terang selain iblis/syaitan!) dianjurkan oleh individu atau kumpulan yang dekat dengan ilmu Islam! 

Namun begitu subjek ini begitu relatif dengan industri muzik dan hiburan, apalagi kalau muzik dan hiburan itu tidak berkait langsung untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan yang satu, Allah SWT!  Begitu halusnya yahudi & nasrani bersatu untuk mencipta pelbagai event yang jarang2 dapat dielakkan oleh umat Islam untuk menolaknya, secara tidak langsung mendorong umat Islam tidak menjadikan qalamullah dan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan. Laa hawla walaa quwataa illa billa hil aliyyil azim...ampunkanlah kami yaa Robb...

Kuasa Ekonomi


Semuanya ini kerana kuasa ekonomi.  Mereka jadikan umat Islam bergantung penuh dengan sistem kehidupan dunia yang bertentangan dengan suruhan dan nasihat Nabi Muhammad SAW sehingga umat Islam tidak dapat mengelakknya; dan yang paling sadis mencari alasan paling sinikal untuk membenarkan mereka mengikut sistem tersebut iaitu - TERPAKSA...!

Maka berlangsunglah kehidupan ini dengan budaya ciptaan yahudi dan nasrani dengan mengumpan nafsu keserakahan serta mungkar dan membuang malu sebagai asas hidup yang paling seronok, dan kita umat Islam tidak dapat lari dari cengkaman ini malah terpaksa menerimanya sebagai lumrah kehidupan...riba, rasuah, khianat, zina dll berlaku di depan mata tanpa dapat kita menghalang dan siapa yang menolaknya bagai hidup ketinggalan di zaman purbakala!

Lagu saya JIHAD EKONOMI telah lama tersimpan dalam koleksi tanpa siapa berani nak menyanyikannya dengan alasan takut, tak berani, liriknya terlalu berat tak terdaya nak mengendongnya,   terlalu 'direct to the point' atau paling sadis adalah 'kami belum kaya lagi'....! 

Mungkinkah tahun ini saya menemui artis yang boleh menerima lagu ini? Insya Allah!

Haji Rozman Haji Abas
Pengurus/Pemillik LOONAQ RECORDS