Memahami Bisnes konten (music, audio/video) Masakini - Kalau taknak PADAM!


Satu proses pembelajaran yg panjang! Bermula dr sdr Jebat Suhairi yg bertatih belajar dan memahami apa yg dikatakan sbg bisnes konten pasca baru. Jebat kena hadam apa itu isrc, barcode sbg asas penting membuka saluran2 pendapatan hasil dr publishing right. Dia kena urus/hantar ke rakamkhanah, MACP, RIM dan Prism/RPM serta OSM utk ringtones/rbt, berurusan berkenaan licensing&mou bersama content partner serta artis usahawan muzik, cetak Cd utk promosi, kadang2 ikut promosi dan cari event...Saya selalu ingatkan, kalau nak unggul dalam usaha ini mesti tau asasnya.

Ketika mula membawa masuk semula kak teh (org lama dari FGM) dia juga terkial-kial dengan pengalaman2 baru yg mungkin tak masuk diakal (maybe), dengan pemasaran digital tanpa pengedaran fizikal, tanpa kontrak rakaman artis cuma ada MOU, pengalaman mencatat akaun juga spt menjadi seorang baru yg macam tiada pengalaman, hanya kerana bisnes musik masakini sudah totally berubah. Skrg lebih sinonim dgn nama bisnes konten! Cara peminat dengar dan tonton konten juga sudah berubah. Kalau kita tak berubah maka kita akan padam! (dalam bisnes ini...)

Ketika juga peringkat awal membawa masuk Erman Syahputra dari Batu Bara, Medan ke dalam pengurusan Loonaq Records, tak banyak yg dapat dia belajar dan membantu Jebat, dan saya juga memisahkan urusan Loonaq Records dan IslamicTunes kerana didapati ramai yg konfuse di antara Digital Record Label (Loonaq Records) dan Digital Platform (IslamicTunes).

Tapi saya tak salahkan Jebat atau erman, atau sesiapa saja kerana ilmu ini takda diajar di sekolah (yg faham akan simpan sbb ianya aset), baik sekolah bisnes atau sekolah konten baik musik, video/filem atau audio/video rakaman. Ramai artis yg gah nama besar pun masih terkial2 memahami bagaimana nak sustain dalam perniagaan ini jika tak jual CD? tak ada show? Bagaimana cara pendapatan masuk? Saluran mana? Nantilah jika ada mood dan masa saya tulis lag!)

Saya terpaksa lepaskan jebat kerana melihat sudah terlalu stress dan kesihatan mula terganggu, dan kekangan dari keluaga baru (ketika itu) jika tanpa support dari sang isteri mmg takkan boleh buat kerja2 terutama depan laptop/desktop sepanjang masa. Saya juga kembali fokus kpd konten islamik kerana itulah sebab utama dulu saya kembali ke dalam industri muzik ini sekitar tahun 2011-2012.

Jadi tinggalah Fatin dan kemudiannya membawa masuk Faez yg mulanya hanya untuk menguatkan konten video dan pemasaran media social, tetapi kini mula memahami dan saya tidak lagi mengambil berat tentang hal2 urusan digital. Walaupun lambat untuk menghadam spt mana Jebat melakukannya, tetapi saya yakin suatu hari nanti mereka akan menangkap semuanya, mungkin lebih cermat dari saya atau Jebat. Dan jika dulu ada saya dan Jebat, sekarang ada lebih ramai.

Jadi saya doakan Fatin, Faez, Erman dgn bantuan kak teh serta Okhir (yg juga masih terkial2 dgn bisnes konten alaf baru ini) berkomunikasi lebih erat dan kalau boleh buat macam Jebat dulu, sehingga tidur depan laptop, bawah meja, depan kerusi dan tidur sambil bawa kereta....Allah2...

Kepada Fatin, Faez, Erman, kak teh dan os, anda telah saksikan bahawa pendapatan mula masuk menerusi PPM (Soundrecording), MACP (composer's right publishing) dan jualan digital (digital stores spt itunes atau streaming spt spotify dan youtube serta ringtones) setiap 3 bulan dan tahunan. Dan setiap pendapatan itu ada agihannya, spt kepada content partner (yg bersama Loonaq Records ketika ada loonaq.my dan musikhub.asia) dan kontenpreneurs ( yg memberi mandat licensing kepada Loonaq Records menerusi platform IslamicTunes) jadi cepat2 lah agih kerana setiap hasil itu adalah tanggunjawab kita melunaskannya.

Kepada semua content partners spt JumpP, Satira, Noh Shazri dan kontenpreneurs, sila semak status kontrak licensing dan komposer bagi membolehkan Fatin dan kak teh menyelesaikan perkara ini kerana masih terdapat banyak dokumen2 penting hilang dalam simpanan dan hardisk terbakar suatu ketika dulu. Skrg semua simpan dalam cloud google dan iCloud. Hubungi email loonaqrecords@gmail.com Att: kak teh/Fatin atau loonaqrecordsindonesia@gmail.com Att: Erman Syahputra mohon segera.




Comments

Popular Posts