Monday, September 24, 2012

Rangkaian Usahawan Muzik (Bhg 1)


Assalamualaikum Wbt!

Perniagaan muzik kini telah berubah. Hakikatnya tak banyak lagi syarikat rakaman berlumba2 utk membuat album2 baru. Kini peluang terbuka kepada label2 kecil ataupun artis/pemuzik sendiri membuat ketrampilan secara direct kpd fans.  Internet khususnya media sosial telah merubah landskap industri muzik dalam media baru yang lebih terbuka dan globalisasi…MUZIK tidak lama lagi akan menjadi komoditi yang PERCUMA atau murah….khususnya apabila awan (cloud) dijajah oleh gergasi-gergasi mulitimedia & telekomunikasi satelite…
Namun kreativiti tidak akan berhenti…ilham akan membuak-buak dan perlukan platform untuk dijelmakan, dipaparkan, dipromosi dan dijual-beli. Seni boleh datang dari mana2; dari seniman jalanan, dari seniman elit; seniman kampungan atau seniman metropolitan…akhirnya keupayaan untuk hidup menyedut udara Allah SWT termasuk melangsaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan agama juga memerlukan ‘wang’….adalah asas kepada sebuah kehidupan. Siapa2 yang lari dari ‘hakikat’ ini  pasti akan kecundang dan tewas di dunia (yg pasti belum tahu samada mahu tewas di akhirat Wallahualam..!)…

Ironinya kreativiti kini ditakrifkan sebagai industri (malang nasib Pak Pandir tak hidup zaman ini yang menaik-tarafkan angan2!) kerana sumber dana datang dari pihak yang ingin menggunakan angan2, imaginasi, khayalan, ilham kepada industri kreatif. Mereka ini adalah golongan yang mewujudkan platform “itu&ini” dan menggunakan semua bahan2 industri kreatif ini untuk dipapar dan didengar seluruh khalayak semesta alam menerusi teknologi networking yang berada di hujung jari mereka saja…dan semuanya ini memerlukan dana investment yang besar…!

Golongan ini juga tidak menilai jiwa, emosi atau sebarang etika konsep; mereka mencipta cara baru untuk menilai iaitu dengan melihat LIKE, FOLLOWERS, SUBSCRIBERS, VIEWS, SEO dan lain-lain lagi.  Jadi tak usahlah kita terkejut sekarang bila mana fitnah, adudomba, tipudaya kini telah di’kreatif’kan untuk untuk menaikkan rating sesebuah platform….

Ohh begitu besar subjek ini jika hendak dibincang…baiklah kita kembali kepada topik asal iaitu muzik.

Jadi, di manakah nilai bakat semulajadi atau bakat asuhan seseorang seniman artis/pemuzik yang mau dikembangkan? Adakah anda hanya berserah pada nasib dengan mengambil langkah2 yang diambil oleh Yuna dan Najwa iaitu dengan merakam sendiri lagu/video dan upload di Youtube…so anda pun upload bermacam2 aksi anda…kemudian anda dapati viewers anda tak sampai2 mencecah puluh2 ribu hanya sekadar kurang dari 200-300 saja? Kalau jawapan anda adalah YA, hakikatnya bukan anda seorang yang jadi begitu, ramai lagi. Kalau tak percaya cuba cari di Youtube tu…cuba tengok berapa ramai yg dah view…ada yang tak sampai 100 viewers pun!

Justeru itulah LOONAQ RECORDS diwujudkan…

i.    membina platform untuk portal jualan online & muat turun digital;
ii.   membina jaringan promosi secara berkelompok/berstrategi di media fizikal dan maya;
iii. membina jaringan media sosial secara berkesan termasuk membimbing artis/pemuzik menjadi usahawan internet/media sosial & blog;
iv.  merintis jalan menjadi usahawan secara amnya...

Kami dah mulakannya dgn SAFIYA, OZON & HUFAZ, akan menyusul ELLY, SALIMA AF, ALI TERRA ROSSA, ROCKTONE & SYED SAMUDERA; kami usahakan program Rangkaian Usahawan Bakat...bincang dgn kami sekiranya anda punyai bakat & ingin menyertai rangkaian perniagaan ini...
  
Ada tiga kategori yang boleh dipilih untuk menyertai Loonaq.My 

1. Usahasama rakaman album samada single, mini atau full album secara tajaan penuh (terms & conditions apply);

2. Usahasama pemasaran termasuk promosi sesebuah album yang telah siap master copy tetapi masih belum diedarkan secara fizikal ataupun di internet (terms & conditions appy);

3. Usahasama sebagai ‘content partner’ di Loonaq.My portal jualan online dan digital download (terms & conditions appy).

JOM! Bincang dengan kami di loonaqrecords@gmail.com . Usaha kecil untuk umat Muhammad SAW....

Saturday, September 15, 2012

Sessi Taklimat Youtube, Google+ Presentations....

Ms Arica Ng-Manager of Youtube Music Partnership  
Semalam, 14/9/2012 telah berlansung satu sessi taklimat dari wakil Youtube yg diketuai oleh Ms Arica Ng (yg berpusat di Hong Kong) untuk ahli2 One Stop Music Malaysia, iaitu syarikat yang dimiliki oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Sebelum ni saya hanya tahu yg syarikat ini hanya mengutamakan servis mendaftarkan secara one stop registration lagu2 kepada semua Telcos di negara ini...jadi sekarang mungkin dah ada perkembangan...



Ramai yg dah tahu lebihkurang 7 tahun lalu Google telah membeli Youtube dan kini telah pun mula membuka operasinya di Malaysia (Nota: sebentar tadi saya dah cuba utk register sebagai partnership tp masih lagi belum berjaya dengan alasan negara ini masih belum termasuk dalam rangkaian partnership mereka...wallahualam) agaknya mereka menanti cadangan dari OSM/RIM sendiri untuk satu pendaftaran tunggal pemasaran muzik Malaysia Youtube dan syarikat2 label lain hendaklah berada di bawah OSM jika nak buat partnership dengan Youtube...ohhh agaknya tak boleh direct jugalah! Almaklum sekarang ramai nak buat bisnes cara mudah bertindak sebagai orang tengah....

Partnership Dengan Youtube

Point di sini adalah kita semua tahu ramai yg dah jadi popular dengan platform Youtube dengan mendaftar sebagai user dan buka akaun dan seterusnya upload video2 kita...Tp amat sedikit yang tahu bahawa kita sebenarnya boleh buat partnership dengan Youtube sebelum kita upload video kita secara berstrategi dan buat 'monetization' plan dari awal. Buat masa ini di Malaysia, Indonesia, Thailand (kecuali Singapore) Youtube biasanya akan memantau chanel users yg popular (nilaian mereka adalah pada angka2 subscribers/views) yg kemudiannya barulah ditawarkan program partnership ini.

Apakah program partnership ini? Bagaimana kita nak pastikan bahawa kita bukan hanya sekadar pemberi 'free content' kepada platform ini? Join/follow saya dalam blog ini...insyaAllah saya akan beri banyak lagi tips; ataupun sekiranya anda berbakat mengapa tidak join saja Loonaq.my di dalam Rangkaian Usahawan Artis/Pemuzik/Selebriti. Anda kekal 'unsigned' dan bebas menentukan haluan anda walaupun setelah menjadi popular menerusi platform Loonaq.my....

Friday, September 7, 2012

Shooting Video Muzik OZON - Menerobos Sukma

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kami telah berjaya membuat penggambaran muzik video kumpulan pop rock OZON dari 3/9-5/9/2012 yang lalu di sekitar bandar Alor Star (Menara Alor Star/Tasik Darul Aman & studio Tune) dan Kg Keda, Pendang. Sekarang sedang proses editing dll dan diharap hujung minggu ini dapatlah finish product yang telah siap diedit.

Menerobos Sukma

Lagu-lagu yang terlibat adalah 4 lagu dari mini album terbaru mereka berjodol Menerobos Sukma iaitu Menerobos Sukma, Bunga Lalang, Berdua Bersamamu dan Sayembara sementara lagu Raja Sehari kami hanya sempat merakamkannya dalam bentuk santai yang turut disertai oleh sdr Syed Samudera (juga sedang menyiapkan mini album comeback terbarunya di bawah label Loonaq Records) dan ex-drummer Ozon, Melissa dan kini Andalusia iaitu Anchoy dan beberapa peminat OZON yang sama-sama turut membantu produksi muzik video ini... terima kasih kami ucapkan, termasuk kerana telah menyelamatkan kami dari dihampiri ular kapak yang mungkin tak selesa dengan kehadiran crew kami yang membingitkan suasana malam di kampung yg terletak di ceruk pendalaman....tapi best...

Kumpulan Rock OZON dari Kedah


Lokasi Kg shoot video music OZON

Kumpulan Rock OZON dari Kedah

Kumpulan Rock OZON dari Kedah


Kumpulan Rock OZON dari Kedah

Kumpulan Rock OZON dari Kedah

Kumpulan Rock OZON dari Kedah

Renovation Period...




It's time to renovate our weblog due to increasing of "like" at our Official Facebook fanpage (until to-date is about 16k likes) www.facebook.com/LoonaqsPage.  Sounds a bit funny for the phrase of 'renovation' instead of 're-design' but I think it's should be understand well!

We also received very warm notes from all our fanpage likers and their network regarding our virtual launching of www.loonaq.my recently that attracted more than 60k views! Thank u very much. Short info, www.loonaq.my is a portal for digital download distributions network/online strore with bundle of plugins, music player and the most important notes is the place for new artist/musicians to start their journey as "Entrepreneur's Entertainer Network" or in bahasa Melayu "Rangkaian Usahawan Muzik".

So be patients of this 'renovation periods'...we want to share our latest artist's news, pics & music videos and most important thing FYI is that we are in planning to start to organize more contests event that you all can benefited more such as cash money prizes, tour tickets etc. 

Wait for our next move....!

Check it out...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=353521894731328&set=a.353521884731329.84173.197891390294380&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=353521928064658&set=a.353521884731329.84173.197891390294380&type=1&theater


Sunday, July 22, 2012

Friday, March 23, 2012

PRESS RELEASE: KUMPULAN “SAFIYA” (Kumpulan Nasyid Pop)


Kisah Safiya - Kumpulan Nasyid Muslimah

Safiya menurut asal nama dari Arab bermaksud sahabat sejati, setia dan tulus ikhlas; sementara asal nama dari Swahili pula bermaksud asli atau murni (pure).

Oleh itu, pemilihan nama ini amat bersesuaian dengan ahli-ahli kumpulan SAFIYA yang merupakan sahabat sejati ‘converted muslim’ dan kini aktif dalam aktiviti dakwah khususnya untuk para muallaf dan umat Islam amnya.


PERMULAANNYA…

Usaha penubuhan kumpulan nasyid pop SAFIYA ini dimulakan oleh sdri Leia AzZahra Justin Abdullah yang telah mendapat tawaran dari Loonaq Records membuat rakaman mini album lalu mengajak sahabat-sahabatnya yang sama-sama terlibat dalam siri sitcom muzikal bertajuk “Studio Muallaf” terbitan TV Al-Hijrah iaitu sdri Nurain dan sdri Valerie pada Disember 2011 yang lalu.


Leia berasal dari Penampang, Sabah mula bergiat dalam seni dakwah pada tahun 2008 dengan kemunculan lagu single pertama yang diciptanya sendiri berjudul “Mencari Yang Hilang” yang turut dimuatkan dalam kompilasi album Pop Nasyid terbitan Nova Music. Lagu ini telah berada di dalam Carta IKIM.fm selama 4 bulan selain turut dicalonkan sebagai dalam kategori lagu/lirik serta solo single terbaik dalam Festival Anugerah Nasyid tidak lama dulu.
Sementara itu sdri Nurain T. Abdullah juga berasal dari Sabah bergiat sebagai aktivis muallaf membantu dan berdakwah kepada saudara-saudara baru muslim selain turut serta di dalam sitcom “Studio Muallaf” turut membuat perniagaan freelance salon muslimah. Sebelum Islam, beliau memang bergiat di dalam bidang nyanyian secara serius termasuk menganggotai live band dan menyanyi di kelab-kelab sejak dari umur 18 tahun di Sabah dan seluruh Malaysia.


Sdri Valerie Cassera pula merupakan saudara muallaf yang paling juniour kini sedang dibimbing oleh kedua sahabat-sahabatnya dalam SAFIYA di samping bantuan dari pihak PERKIM Ampang, Malaysia Reverted Muslim dan pihak-pihak lain. Berasal dari Kuching, Sarawak, Valerie merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (UiTM) mula bergiat dalam nyanyian koir sekolah rendah dan menengah. Kini di samping mempunyai pekerjaan tetap, beliau sering meluangkan masa untuk sebarang aktiviti pembelajaran agama Islam yang dianjurkan oleh PERKIM dan beberapa NGO untuk saudara-saudara baru.

Penubuhan Kumpulan Safiya menandakan bermulanya perjuangan ketiga-tiga muslimah saudara baru ini di dalam aktiviti seni nyanyian dakwah. Menurut mereka bertiga antara objektif utama kumpulan ini adalah untuk menambah dan mengukuhkan peralatan dakwah mereka di zaman moden terkini di samping turut menjaga keimanan mereka agar terus kukuh diperbaharui setiap detik dan masa. Mereka berharap akan dapat bertemu dengan lebih ramai umat Islam di negara ini dan luar untuk merapatkan ukhwah dan belajar dari mereka yang lebih berilmu untuk menambah ilmu agama yang terlalu luas ini.

Rakaman Muzik Elektronik

Sebanyak 5 buah lagu telah siap dirakamkan sejak bulan Januari lepas dan judul-judul lagu tersebut adalah:-

1. CINTA MUALLAF
2. KEMBARA KABILAH AKHIR ZAMAN
3. JALAN CAHAYA
4. PAKSI
5. DARI RUANG LAIN

Kesemua lagu dan lirik adalah ciptaan hjrozman dan muziknya disusun dan diterbitkan oleh sdr Othman Masri atau lebih dikenali sebagai Man Senoi yang dulu pernah menerbit dan mengeluarkan album-album 4U2C dan kumpulan acappela SHADES yang telah terjual ratusan ribu unit. Album ini dirakamkan di studio Loonaq di Taman Desa Kundang, Rawang dan sepenuhnya menggunakan kaedah rakaman muzik elektronik.


Konsep album SAFIYA adalah nasyid pop dengan elemen fusion/orkestra/kontemporari dengan lirik-liriknya menyentuh tentang puisi ketuhanan, kesufian atau penyerahan seperti lagu-lagu Cinta Muallaf, Jalan Cahaya dan untuk Nabi Muhammad SAW iaitu Kembara Kabila Akhir Zaman; sementara lagu Paksi berkisar tentang hubungan cinta manusia yang tegas berpaksikan kepada agama dan lagu Dari Ruang Lain pula tentang kiasan hubungan sosial masakini mengenai muhasabah diri dan bertoleransi mengikut sudut pandang (perspektif) yang berbeza.

CINTA MUALLAF KINI DI PASARAN DIGITAL


Lagu single pertama kumpulan SAFIYA bertajuk ‘CINTA MUALLAF’ telah diterbitkan sebagai langkah pertama memperkenalkan SAFIYA dan album mini sepenuhnya akan berada diedaran tidak lama lagi.

Diharap album ini dapat diterima oleh masyarakat Islam keseluruhannya sebagai salah satu wadah perjuangan dakwah islam di samping dapat memberi rasa bertuhankan Allah SWT serta mencontohi/mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW. SAFIYA juga berharap lagu-lagu nasyid pop mereka ini dapat menambah motivasi kepada saudara-saudara muslim yang baru dan juga kepada umat Islam lain.

Sunday, February 12, 2012

Rakaman album SAFIYA

Kumpulan nasyid pop baru yg dianggotai 3 muslimah2 muallaf Leia@farrahsinah, Nurain & Ain Vallerie sdg mendengar pesanan2 dr penerbit album Othman masri@man Senoi yg juga pengarah muzik loonaqrecords. Lagu single pertama 'Cinta Muallaf dijangka akan dikeluarkan bulan Mac ini.