Friday, May 23, 2014

PROMOSI ARTIS: Tidak ada ‘fair & square deal’?


Anda telah memasuki bidang keusahawanan dengan memilih muzik sebagai teras perniagaan anda, samada sepenuh masa atau separuh masa. Bila platform pemasaran digital sudah tersedia dan produk-produk anda sudah memasuki kedai-kedai digital seluruh dunia, maka tugas seterusnya adalah untuk mempromosi. 

Konsep kedai digital adalah sama dengan kedai fizikal, mereka akan letak produk-produk anda di suatu tempat dan menanti pelanggan mencari. Andai pelanggan tidak mencari, maka sejuk-bekulah jadinya produk-produk anda.

Platform Media Sosial



Di sinilah peranan platform media social untuk mempromosikan produk-produk anda. Dalam hal ini, andalah produk itu! Anda boleh menggunakan sepenuhnya platform social media ini untuk memperkenalkan anda atau produk anda. Anda harus mempromosi, mewar-warkan tentang produk anda dan sekaligus mengadakan ‘fans engagement’ dalam setiap komunikasi social media anda.

"Caranya telah disediakan oleh Loonaq, tetapi ianya memerlukan anda untuk bermain dan mengambil peluang secara ‘real’ walaupun dalam alam maya. Posting hendaklah dibuat setiap hari secara berkala, iaitu kalau anda selesa setiap pagi jam 7, maka hendaklah anda buat posting setiap hari pada jam 7 pagi. Atau 9 malam atau 1 pagi.  Pengisian posting pula perlulah diselang-seli dengan posting pengucapan selamat atau salam, posting foto (selfie pun boleh asal tak berlebih-lebih) dan rakaman video pendek (jangan terlalu panjang, dalam hal ini rekomended adalah Instragram)..."

Selepas itu barulah anda mencari peluang untuk menyertai event, samada berbayar ataupun percuma untuk promosi. Terpulang kepada anda menentukan tetapi disarankan untuk 3 bulan pertama, wajar anda memberikan tempoh ini untuk menyertai event promosi percuma. Selepas itu terpulanglah pada prestasi anda di khalayak dan presatasi ini boleh diukur menerusi data-data viewers, likers, followers dan subscribers anda di mana-mana platform social media anda. (Diandaikan semasa proses event ini anda mesti melakukan aktiviti promosi media social secara tetap). Sekiranya masih tidak memberansangkan, wajar juga anda berikan masa yang lebih lama lagi. Tapi kalau anda berhenti maka berhentilah juga aktiviti anda.


Sukar mencari event?

Nah! di sinilah intro rencana ini ingin membawa anda. Anda harus bergaul dengan pihak-pihak lain yang terlibat sebagai ‘supporting industry’ dalam bidang muzik ini. Yang jelas adalah Event Organizer, Promoter, DJ event atau DJ radio samada radio frekuensi atau online, “event venue” atau pemilik pentas hiburan seperti Shopping malls atau shopping complex, pusat-pusat karaoke, restoran.


"Jadilah KRONI..."

Dalam lain perkataan yang mudah, anda harus ‘join the team’ dan menjadi kroni pihak-pihak ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan DJ radio-radio korporat, dengan Menteri atau orang-orang rapat menteri, dengan pengarah-pengarah jabatan yang memegang kuasa memilih artis-artis mana yang boleh diberikan peluang membuat persembahan, atau menjadi salah satu artis dalam event besar yang kosnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan (tak kiralah kerajaan mana!).

Hakikatnya resepi ini menjalar perkasa di semua bidang ‘talent industry’ samada dalam sector persembahan muzik ataupun dalam masjid/surau. Anda sudah biasa kadang-kadang lihat sesebuah masjid akan menetapkan hampir setiap bulan penceramah-penceramah yang sama untuk pembelajaran kariahnya!

Mencipta Rangkaian



Begitulah reality hidup seorang usahawan, anda harus bergaul juga samada secara alam maya ataupun reality. Asas penting untuk maju ke hadapan adalah anda harus mencipta rangkaian yang bukan hanya berada di hadapan anda, malah kiri, kanan belakang, atas, bawah dan secara binary system. Sukar untuk melaksanakan system meritokrasi, kerana system kroni lebih baik untuk diamalkan. Wallahuaalam!

Cuba perhatikan siapa-siapa artis yang berjaya membuat persembahan di Festival Belia Putrajaya 2014 ini? Rasanya ada banyak yang anda masih tidak kenal? Jom ramai-ramai ke Festival Belia Putrajaya 2014. Kita beri link untuk promosi http://festivalbeliaputrajaya.com/#header

Tahniah kepada artis-artis baru dan artis-artis popular social media yang akan buat persembahan esok. Semoga berjaya!

 



Saturday, May 3, 2014

"Renovation" of Loonaq's Weblog


InsyaaAllah saya dan dibantu oleh team Loonaq™ - Social MusicHub akan membuat pencucian dan tambah baik buat blog ini bermula minggu hadapan. Antara kesilapan saya adalah mencampur-adukkan antara Loonaq™ dan Loonaq Records di mana sebenarnya Loonaq™ adalah Pelantar Pemasaran Digital (Digital Distribution Platform) utk semua Content Partners (CP) yang meletak atau melesenkan produk-produk mereka sementara Loonaq Records adalah sifatnya sebagai salah satu CP yang disebut itu.

Untuk mengetahui senarai CP yang bergabung dengan Loonaq™ sila klik ke link ini http://www.loonaq.my/ourcontentpartners.php

Terima kasih.

Friday, December 6, 2013

Smile Band - Album terbaru dari Loonaq Records


Dengarkan lagu-lagu terbaru dari kumpulan anak2 muda dari kota Jakarta Timor yg mengasyikkan bakal ngetop untuk tahun 2014 ini. Kumpulan ini dianggotai oleh AYES (vocal), Moey (guitar), IBENK (bass) dan DICKY (drum) dan sering mendapat undangan bareng dan manggung di mall, karaoke center dan pub di sekitar kota Jakarta sejak tahun 2013 lagi. 

Loonaq Records Indonesia

Album ini akan dilancarkan secara rasmi semasa pelancaran CV Loonaq Records Indonesia tidak lama lagi, insyaaAllah!



Wednesday, August 14, 2013

Mendigitalkan Pemasaran Musik dari Asia Tenggara!

Berkunjung ke Radio Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia.
























Alhamdulillah, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, mohon maaf zahir dan batin atas semua perkara terutama tersilap dan khilaf sepanjang penulisan blog ini telah dilaksanakan.

Usaha Loonaq semakin mendekati kepada haluan yang lebih tersusun dan kemas apabila semua konsep dan tatatur perancangan yang dimulai pada awal tahun lepas (2012) sudah mula menampakkan wajah atau pandangan perspektif dari sudut pelbagai dimensi - ke arah mewujudkan Portal Pemasaran Digital (Digital Distribution Platform) yang pertama di Malaysia, secara bebas dan berkendiri! Dan yang manisnya adalah kejayaan Loonaq menembusi pasaran Indonesia secara tuntas dan kemas, dengan dimulai dari pinggir Aceh terus menuju ke Bandung dan Jakarta, dan insyaaAllah kami akan ke kota Pekalongan minggu depan bagi memeterikan beberapa lagi projek usahasama rakaman atau licensing deal; terima kasih Pak Awan Toha dan Pak Mayadis yang begitu bersungguh-sungguh mengusahakan program Rangkaian Usahawan Musik anjuran Loonaq dapat dilaksanakan dengan jayanya.

MSC Status

Hari ini juga kami telah mengunjungi pejabat Multimedia Development Corporation bagi memulakan proses permohonan status MSC untuk Loonaq Sdn. Bhd. memperkasakan lagi usahanya ke arah menjadi Portal Pemasaran Digital khusus untuk kandungan audio, muzik dan video. Sebenarnya status ini adalah untuk menjadikan www.loonaq.my mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pihak-pihak pemain industri digital dunia lebih mengenal dan memberikan reputasi yang lebih tinggi untuk berbincang sebarang urusan perniagaan digital sedunia.

Dunia Eropah dan US serta Korea dan Jepun telah mendahului kita dalam pemasaran digital muzik ini dan mau tidak mau memang kita terpaksa bersaing ataupun bersama-sama mereka dalam perniagaan ini. Kejayaan Loonaq setakat ini dalam menjenamakan Loonaq.My telah menghasilkan Loonaq dapat menandatangani beberapa perjanjian pemasaran dengan pemain-pemain bertahap dunia, dan tentunya kesempatan ini kami ambil untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan digital.

Sebenarnya kami masih belum berniaga lagi! Usaha kami lebih banyak untuk membuat R&D dan beberapa ujikaji pemasaran dan promosi media sosial selain dari usaha menjenamakan Loonaq dan juga artis usahawannya, membuat contoh-contoh konsep dan mencari ruang serta peluang  'Be Seen. Be heard & Get Noticed".

Penyumbang 'free content'

Namun masih ramai lagi artis dan label indie yang masih 'angau' dan 'mamai'. Daripada bekerjasama dengan kami atau label lain bagi mendigitalkan pemasaran muziknya, mereka fikir lebih baik terus saja bagi 'free' kepada semua. Kepada anda semua yang masih memiliki rasa angau dan mamai ini, teruskanlah menjadi penyumbang dan penderma kepada Youtube dan Google, media sosial dan lain-lain portal gatekeeper yang dah memang kaya raya dan mendominasi pasaran muzik sedunia...




Tuesday, June 25, 2013

Loonaq Records ke Pemasaran Digital - Kerjasama Dengan Believe Digital (France)


InsyaaAllah, Loonaq Records sedang dalam proses perbincangan serius ke tahap menandatangani Perjanjian Digital Licensing seluruh dunia yang bermakna semua lagu-lagu yang diterbit atau diserah hak licensing kepada Loonaq Records akan didagangkan secara digital di kedai-kedai digital download popular seluruh dunia.  Ini termasuk iTunes, Amazon Mp3, Google Play, Spotify, Deezer dan beratus lagi kedai digital seluruh dunia yang kebanyakkannya berpusat dari Erapoh dan USA.  

Believe Digital adalah salah sebuah pemberi khidmat "digital aggregator" dari France yang menghubungkan produk-produk lagu atau album samada indie label seperti Loonaq Records dan label indie yang lain dengan digital stores dan streaming platform. Alhamdulillah, bukan mudah untuk sesebuah indie label yang baru, dan yang berasal atau berpusat dari rantau Asia Tenggara seperti Malaysia atau Indonesia untuk diterima menjadi Partnership Content Provider kepada mereka, atau mana-mana syarikat/pihak "aggregator' yang lain. Benar, ada yang sudah diterima tetapi kebanyakkan mereka itu mendaftar dengan membayar sejumlah wang (USD) untuk mendaftarkan lagu atau album mereka. Dan sekiranya adapun yang diterima, sudah tentulah faktor utamanya adalah populariti sedangkan kita maklum produk artis-artis dari Loonaq Records adalah pendatang baru atau belum popular...lagi. 

Jadi, apakah faktor utama yang membolehkan Believe Digital menerima Loonaq Records? 

Kami fokus kepada online, media sosial dan blog, baik dari segi pemasaran dan juga promosi yang berterusan di facebook, youtube dan tweeter.

Support yang produk artis-artis Loonaq Records yang dijangkakan dapat diperolehi adalah tambahan PROMOSI yang dapat meletakkan nama-nama mereka atau bands/group setaraf dengan artis/band dari seluruh dunia terutamanya dari Barat.

Jadi pihak kami berharap artis-artis di bawah Loonaq Records dapat memunafaatkan fanpage, youtube dan twitter acc mereka dan juga promosi yang kami mulakan di beberapa digital muzik provider seperti soundcloud, reverbnation dan lain-lain secara konsisten. Percayalah, insyaaAllah kita pasti berjaya.