Sunday, May 15, 2016

Pentingnya Kategori Islamic Musik dalam Dunia Digital

Pemusik rock Malaysia Syed Samudera yang telah berhijrah dan 
bergiat dalam hiburan Islam - ke mana arah tuju mereka? 

Peri pentingnya BERFIKIR adalah kerana selepas itu kita boleh mengkaji dan membuat perlaksanaan atau sekadar mengambil tahu, terutama bagi kita yang meminati hiburan yang membawa kita mendidik jiwa diri kita, keluarga dan komuniti Muslim semesta alam.


Pada pandangan saya tak perlulah kita pertikaikan dulu tentang adanya golongan muslim yang mengatakan musik ini haram, dengan dalil-dalil sahih...ya, bagi saya mungkin ulamak2 dulu spt Al-Farabi dan ulama moden kini seperti Yusof Qardawi tak jumpa hadis2 ini dulu semasa mereka membolehkan musik kepada umat Islam dengan meletakkan garis-panduan mengikut syariah, mungkin khilaf tafsiran mereka wallahualam! Sama seperti baca surah Al-Kahfi dan Yassin, kenapa wilayah Nusantara mengamalkan Yassin tetapi tidak surah Kahfi? Wallahualam juga. Kita nantikan saja apa2 fatwa terbaru dari ulamak2 terkini dan lihatlah bagaimana pula penerimaan umat Islam. Sebagaimana rokok telah difatwakan HARAM tetapi masih juga kalangan orang2 tinggi ilmu agama masih lagi hisap rokok? Wallahualam juga. Kita terus kepada point artikel ini.

Muzik Dalam Islam - Tiada Pengiktirafan?

Percayakah anda jika saya beritahu bahawa TIDAK ADA genre musik Nasyid, Nasheed atau nasyeed dalam kategori metadata digital di peringkat dunia sehingga kini? Hasil pemeriksaan saya (terhad hanya menerusi internet) yang ada cuma di Malaysia, iaitu terwujudnya sebuah pengkalan data bagi setiap audio dan video yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menggunakan geran yang diperolehi dari Kerajaan Malaysia sekitar tahun 2013 atau 2014 lalu yang dinamakan sebagai Data Rakaman Music Malaysia (MRD). Namun begitu, platform ini hanyalah untuk kegunaan ahli RIM sahaja dan masih ramai lagi rakaman-rakaman yang dibuat oleh penerbit konten di Malaysia tidak menjadi ahli!

Jika anda pernah ada pengalaman untuk mendaftar musik di iTunes, Google Play Store, Amazon, Spotify dll., anda sudah tentu tidak dapat mendaftarkan atau memilih kategori Nasyid atau apa saja yang boleh mendokumentasikan musik atau rakaman anda ini dalam genre yang sesuai, kerana tidak ada yang berkaitan dengan Islam. Terdapat kategori bagi Kristian musik, Gospel, Jews Music, Spritual (juga merujuk pada Jews) dan motivation (juga merujuk kepada Kristian) tetapi yang saya katakan di atas, tidak ada satu pun merujuk kepada Islamic Music, atau pun Nasyid.

Buat masa sekarang, kebanyakan musik atau rakaman yang berkaitan Islam akan diletakkan di bawah kategori World ataupun Arabic Music. Saya pernah bertanyakan pada wakil iTunes di Singapore sekitar tahun 2014 lalu dan akhirnya mereka membuka satu lagi kategori yang katanya, sekarang anda boleh meletakkan rakaman anda di bawah kategori khas yang kami baru wujudkan, saya tanya Nasyid? Islamic Music? eh bukan, kategori baru itu adalah INDONESIAN RELIGIOUS...aduhhh! kenapa allergic sangat dengan nama ISLAM? 

Ada juga yang bertanya saya kenapa beria-iya sangat mahukan kategori ini diadakan, jawab saya adalah:-

1. Rasa malu pada Allah SWT sebab musik atau rakaman yang saya buat tidak memasyurkan nama Allah;

2. Menghilangkan rasa malu dan rendah diri tidak bertempat di kalangan penggiat musik atau rakaman Muslim kerana tidak diiktiraf sesuai dengan kategori dan jenis rakaman yang mereka buat, jadi tak secara langsung dengan adanya kategori genre ini akan dapat memartabatkan lagi agama Islam yang indah dan sempurna sehingga rakaman musik kita di kategorikan secara jelas dan berdiri sama-rata dengan genre lain, malah lebih baik kerana kita memuji Sang Pencipta, meraikan Nabi dan membawa unsur-unsur pendidikan jiwa dan rohani yang total;

3. Yang ini ramai masih tak perasan! Dengan memastikan kita memilih kategori yang tepat dan jelas iaitu di bawah nama Islam, atau muslim, dapatlah kita sekurang-kurangnya mempertahankan kesucian norma-norma susila insan dan ehsan manusiawi, yang fitrahnya memang menyukai hiburan terutama kepada umat Islam sendiri. Bagaimana pula?

Marilah kita berfikir!

Justeru muzik dan hiburan telah menjadi ubat pelali kepada hampir seluruh umat Islam sedunia yang dahagakan hiburan, kita lihat perkembangan hiburan ini telah menjadi suatu perkara yang penting kepada umat. Ada yang berbelah bagi dan ada yang cuba bergerak sendirian dalam menentukan hala-tuju kehidupan mengikut Islam, tetapi selama mana kita mengasingkan diri dari segala bentuk hiburan yang berleluasa menjaja dan memperdagangkan kemungkaran? Kita perlu bermujahadah dalam komuniti yang besar, bukan sendiri-sendiri!

Kita harus mengaku bahawa kita telah tewas kepada mereka yang tidak beragama dalam menentukan nilai2 pada hiburan. Mereka memperdagangkan muzik dan hiburan seluasnya kerana inilah platform yang mudah membina tamadun mengikut acuan mereka. Segala macam bentuk mungkar yang bertentangan dengan ajaran dan amalan Islam dilanggar dan dinodai secara tuntas tanpa rasa malu. Inilah zaman digital dan maklumat tanpa sempadan, bebas dan ikut sukahati mereka. Mereka membuat segala macam sistem, perisian software, hardware, internet, digital dan satelite dengan memasukkan unsur muzik dan hiburan sebagai latarbelakang produk mereka.

Ramai yang tahu dunia digital ini adalah teknologi berbasis komputer dan internet termasuk gelombang siaraya yang dikawal oleh satellite dengan sistem rangkaian pelantar hosting dari sebesar-besar ladang, pulau atau negeri sehinggalah ke komputer-komputer peribadi, laptop, mobile dan segala macam applikasi serta gajet-gajet IoT. Semua sistem ini tidak mengenal manusia secara harfiah atau roh tetapi mengenal menerusi data-data yang telah disistemkan oleh para pembuat sistem software (yang ini kerja manusialah!). Data ini diasaskan oleh kod yang berupa huruf dan nombor termasuk tanda-tanda atau simbol. Contoh yang mudah ialah apabila anda melihat video YouTube atau mendengar lagu menerusi Spotify, bagaimana pengendali YouTube dan Spotify ini mengenal siapakah pemilik, pencipta dan pelaku (artis/talent) rakaman ini? Seterusnya membuat bayaran kepada yang berhak ini kerana telah menggunakan rakaman ini yang menyebabkan para pengiklan membuat iklan mereka bila rakaman ini digunakan? Jawapannya (saya cuba mudahkan) adalah terdapat kod-kod pengenalan telah ditampal pada rakaman tersebut dan ianya dapat menyedut data-data tersebut dalam tempoh tidak sampai 30 saat boleh memberitau pengendali sistem YouTube dan Sporty siapakah pemilik-pemilik rakaman tersebut! Faham? kalau tak faham nantikan bila senang nanti belanja mengeteh ya...

Justeru kenapa pula mesti ada kategori dan genre?

Sebelum buat atau setelah habis kod, ianya akan disimpan dalam folder file (jangan pula ingat folder yang sama saiz dalam komputer desktop anda, ianya mungkin sebesar satu negara!) tetapi fungsi folder ini adalah sama saja. Prosesnya mereka akan 'create file' dan bila berlaku banyak file pastinya harus diurus dengan baik semua file ini. Jadi adalah perkara biasa kita akan create folder dan jika terlalu banyak pula folder pasti kita akan buat master folder, dan seterusnya. Jika anda biasa dengan c-Panel, pastinya anda tahu apa yang saya katakan ini.

Jadi folder atau master folder ini pastinya perlu diberikan nama. Setiap nama yang dipilih mestilah mengandungi file dan isi-isinya yang berkaitan supaya apabila terlalu banyak file, bagaimanakah kita mahu mencarinya? Ya sebab itulah mereka cipta sistem carian seperti Google Search gunanya untuk mencari semula file atau isinya untuk kegunaan mereka. Jika sekiranya file atau isinya ini tidak diletak di folder yang tepat, sudah tentulah proses masa yang lama akan digunakan untuk mencarinya. Kaedah ayat dan perkataan inilah menjelaskan maksud 'keyword' atau 'metatag' atau 'hashtag' dan lain-lain bergantung kepada siapa yang mula gunakan tetapi maksudnya hampir sama dan tujuannya juga sama.

Bagi pengguna biasa seperti saya, sering gunakan sistem carian ini untuk mencari rakaman lagu. Bagi penulis blog juga biasanya akan membuat keyword supaya orang yang mencari disuapkan dengan kata keyword yang sama atau hampir sama maka dalam beberapa saat muncullah semua bahan-bahan isi yang telah diletakkan di bawah kategori keyword yang sama. Pengiklan yang mahu meletakkan iklan mereka akan melantik agen-agen pengiklanan web seperti Google Adsense dan iklan ini akan diletakkan di mana-mana blog atau video yang mempunyai kategori yang sama, iaitu dengan keyword yang hampir sama. Inilah yang dinamakan algoritma dalam sistem carian. 

Jadi tidak hairanlah jika anda sedang menonton video artis nasyid tiba-tiba anda dikejutkan dengan munculnya iklan tidak senonoh atau iklan yang tidak berkaitan dengan kategori nasyid atau Islam, kerana tidak ada kategori Islamic Music atau Nasyid disediakan untuk mengkategorikan video atau rakaman anda yang tepat atau hampir tepat. (Nota:- saya anggap anda bukan penagih website porno kerana jika iya, salah satu dari kenapa iklan2 porno masuk ke dalam account Youtube dll. adalah juga kerana faktor kekerapan anda melawat website kategori adult ini!).

Namun yang amat pentingnya adalah bagaimana sebuah blog atau media online yang 100% berkaitan Islam tiba2 mendapat iklan dari Adsense yang hampir sama dengan ajaran Islam tetapi sebaliknya menyebabkan ramai yang keliru, seperti ini:-




Faham tak?