Tuesday, June 25, 2013

Worldwide Digital Licensing: Believe Digital



InsyaaAllah, Loonaq Records sedang dalam proses perbincangan serius ke tahap menandatangani Perjanjian Digital Licensing seluruh dunia yang bermakna semua lagu-lagu yang diterbit atau diserah hak licensing kepada Loonaq Records akan didagangkan secara digital di kedai-kedai digital download popular seluruh dunia.  Ini termasuk iTunes, Amazon Mp3, Google Play, Spotify, Deezer dan beratus lagi kedai digital seluruh dunia yang kebanyakkannya berpusat dari Erapoh dan USA.  


Believe Digital adalah salah sebuah pemberi khidmat "digital aggregator"dari France yang menghubungkan produk-produk lagu atau album samada indie label seperti Loonaq Records atau label records mainstream seperti Universal, Sony dan lain-lain dan Alhamdulillah bukan mudah untuk sesebuah indie label yang baru, dan yang berasal atau berpusat dari rantau Asia Tenggara spt Malaysia atau Indonesia untuk diterima menjadi Partnership Content Provider kepada mereka, atau mana-mana syarikat/pihak "aggregator' yang lain. Benar, ada yang sudah diterima tetapi kebanyakkan mereka itu mendaftar dengan membayar sejumlah wang (USD) untuk mendaftarkan lagu atau album mereka. Dan sekiranya adapun yang diterima, sudah tentulah faktor utamanya adalah populariti sedangkan kita maklum produk artis-artis dari Loonaq Records adalah pendatang baru atau belum popular...lagi. Jadi, apakah faktor utama yang membolehkan Believe Digital menerima Loonaq Records? 

Kami fokus kepada media sosial dan blog, baik dari segi pemasaran dan juga promosi yang berterusan di facebook, youtube dan tweeter.

Support yang produk artis-artis Loonaq Records yang dijangkakan dapat diperolehi adalah tambahan PROMOSI yang dapat meletakkan nama-nama mereka atau bands/group setaraf dengan artis/band dari seluruh dunia terutamanya dari Barat.

Jadi pihak kami berharap artis-artis di bawah Loonaq Records dapat memunafaatkan fanpage, youtube dan tweeter acc mereka dan juga promosi yang kami mulakan di www.reverbnation.com secara konsisten. Percayalah, insyaaAllah kita pasti berjaya.