Tuesday, March 19, 2013

Anda perlukan syarikat rakaman?

Assalam. Saya masih banyak menerima permohonan untuk menjadi artis rakaman dari sumber2 portal Rangkaian Usahawan Muzik-www.loonaq.my atau dari page rasmi Loonaq Records www.facebook.com/LoonaqsPage samada posting terbuka atau pun pesanan kotak (inbox message). 


Siapa yang masih perlukan syarikat rakaman (records label) di zaman digital sekarang? Anda boleh buat muzik dgn pelbagai software rakaman yg terdapat di pasaran sekarang contohnya Reason, Sonar, Cubase, Pro Tool dan lain2; anda boleh rakam gitar live, rekod vokal dalam bilik menerusi PC atau laptop dan bila siap terus upload ke mana2 media social utk mempromosi termasuk yg popular seperti Youtube dan Facebook.

Bersabar dan mungkin anda diterima oleh pendengar atau tidak, bergantunglah pada penerimaan masing-masing. Hakikatnya anda sudah jadi artis, tak kisahlah kalau dilabel oleh orang2 yang memang suka melabel sebagai artis Youtube ke, artis FB ke, artis twitter ke atau artis mee segera, yg pentingnya anda buat kerana bakat anda dan biarlah mereka... Dah ramai yg buat, dan ada yg berjaya! Reality berlaku bermula dari fantasi.


Syarikat Rakaman akan pupus?


Jadi kenapa anda perlukan syarikat rakaman? Ohh anda nak orang jaga anda, bimbing anda masuk dalam industri jadi duit? Syarikat rakaman sekarang sudah jadi 'legend' saja, tak lebih sebagai satu ungkapan yang kini sebenarnya takda apa2. Tak lama lagi industri syarikat rakaman (recording company) akan pupus, penjual kedai muzik juga akan pupus. Studio rakaman juga akan pupus. Industri musik akan pupus juga?

TIDAK. Industri muzik tidak akan pupus sebab ianya adalah salah satu keperluan fitrah kepada kehidupan manusia sejagat. Perniagaan yang berubah. Jadi kenapa mentaliti manusia yang punya bakat tak nak berubah? Bakat anda akan pupus kalau anda tak berubah mengikut kehendak manusia berhubung atau mengendalikan kehidupan mereka dengan muzik.


Monetizing, Content Partner, Contentpreneurs dan Digital Platform


Monetizing adalah istilah baru dalam perniagaan muzik. Usahawan muzik termasuk artis pencipta karya, penyanyi, pemuzik malah pendakwah (dae'), ustaz2 juga sekarang telah diistilah sebagai usahawan konten "Content Creator" atau Pencipta/penerbit Pengisian. Jadi Loonaq Records bukan dan tidak sama sekali menawarkan perkhidmatan sebagai Syarikat Rakaman. Loonaq Records bekerjasama dengan "Content Creator" sebagai Content Partner dalam istilah yg lebih luas iaitu Contentpreneurs (usahawan+content creators) dan melabur pada bakat2 vokalis yg tak pandai buat material. Kami sediakan platform utk komuniti usahawan contentpreneur utk monetizing konten mereka.

Perggh! memang payah nak beri kefahaman kerana kebiasaan telah menjadi budaya. Yang tak berubah akan pupus sebelum waktu.

Friday, September 28, 2012

Entertainer berjiwa Entrepreneur!




Muzik Elektronik

Rencana kali ini khas untuk pemuzik-pemuzik yang meminati muzik digital, iaitu rakaman muzik digital menggunakan software-software yang banyak berada di pasaran sekarang. Kini ianya dipanggil rakaman muzik elektronik.


Membunuh Pasaran Studio Analog



Sepertimana internet telah dan akan melenyapkan terus pasaran album dalam bentuk CD atau kaset dengan teknologi download yang berleluasa tanpa dapat dibenteras malah dicegah, muzik digital ini juga akan pasti dan sudah mula membunuh pasaran pengguna-pengguna atau pelanggan-pelanggan studio rakaman analog dan semi analog.

Teknologi Software Rakaman


Kini semakin ramai pemuzik-pemuzik menggunakan peralatan digital muzik elektronik untuk merakamkan muzik mereka dengan menggunakan komputer peribadi ataupun notebook sahaja. Ini banyak mengurangkan kos samada sewaan studio malah kos kenderaan yang semakin meningkat.  Teknologi ini semakin bergerak dan tidak lama lagi komposisi dan gubahan muzik boleh dilakukan dari iPhone dan iPad juga telefon android.

Kini studio-studio rakaman analog atau semi analog hanya diperlukan untuk merakamkan peralatan drum yang mana untuk menghasilkan drum yang dimainkan oleh pemain drum yang sebenar.  Namun begitu tidak lama lagi akan terhapus juga kerana kini telah mula terdapat software atau clip-clip ‘loops’ rakaman drum yang boleh di 'cut and paste' yang hampir sama malah boleh mengatasi mutu permainan/sound pemain drum yang sebenar!



Maka hasilnya kini kita dapati satu demi satu syarikat rakaman yang dulunya tumbuh bagai cendawan kini hilang atau menutup operasi termasuklah syarikat-syarikat yang ditunjangi oleh syarikat rakaman antarabangsa.  

Dengan tindakan tersebut maka kini semakin kecil peluang yang boleh didapati oleh penyanyi-penyanyi yang hanya tahu menyanyi dan mengharapkan syarikat rakaman menguruskan segalanya.  Kini sudah terlalu amat kurang acara majlis memperkenalkan artis baru kecuali dari syarikat-syarikat television yang menganjurkan program-program bakat baru secara realiti.  Namun setelah bertahun-tahun syarikat TV itu juga tidak mampu meneruskan pembikinan album-album baru berterusan kerana kos yang tinggi termasuk kos promosinya.


Kesan seterusnya dirasai oleh pemuzik-pemuzik tegar seperti pemain drum, gitar, piano, viola dan lain-lain kerana dengan terdapatnya software-software rakaman elektronik muzik, pemuzik-pemuzik ini boleh diperolehi dari komputer sahaja.  


Rakaman di toilet!


Kini tidak ramai lagi kita lihat kemunculan penerbit-penerbit album baru atau penggubah muzik kerana dengan kepandaian menggunakan peralatan elektronik seperti MIDI, Sequencer, muzik software dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit atau penggubah muzik tanpa perlu ke kelas, kolej atau university! Malah rakaman boleh dibuat di mana-mana, boleh jadi dari dalam bilik tidur, malah dari toilet atau dalam almari pakaian…!


Jadi saranan saya kepada pemuzik-pemuzik baru atau penyanyi-penyanyi baru, anda harus berhijrah minda dan fizikal kepada menjadi pemuzik, penyanyi atau penghibur yang berlandaskan kepada perniagaan sendiri.  Loonaq.my akan cuba memandu anda menjadi Entertainer yang berjiwa Entrepreneur!

Friday, December 9, 2011

We Are Ready...!


Our music sifu Othman Masri aka Man Senoi who joined Loonaq Records since the beggining of Loonaq set up, already given his thumb up with peace signal means we are ready to start recording works. Yeahhh! after long weeks of installation including registering all the softwares and interface plus rewired it, its ready now!


Assisted by his 17th years old son, Fitri who very precise on the computer and electronic devices installation and configurations, Othman who was well-known of 2 masterpiece product called 4U2C and SHADES will handle and responsible all recoding+composition works including writing songs for Loonaq's own publishing house. 

We're waiting talents from every angle of the world to be with us exploring their music.....!