Muzik Elektronik
Rencana kali ini khas untuk pemuzik-pemuzik yang meminati muzik digital, iaitu rakaman muzik digital menggunakan software-software yang banyak berada di pasaran sekarang. Kini ianya dipanggil rakaman muzik elektronik.Membunuh Pasaran Studio Analog
Sepertimana internet telah dan akan melenyapkan terus pasaran album dalam bentuk CD atau kaset dengan teknologi download yang berleluasa tanpa dapat dibenteras malah dicegah, muzik digital ini juga akan pasti dan sudah mula membunuh pasaran pengguna-pengguna atau pelanggan-pelanggan studio rakaman analog dan semi analog.
Teknologi Software Rakaman


Maka hasilnya kini kita dapati satu demi satu syarikat rakaman yang dulunya tumbuh bagai cendawan kini hilang atau menutup operasi termasuklah syarikat-syarikat yang ditunjangi oleh syarikat rakaman antarabangsa.
Dengan tindakan tersebut maka kini semakin kecil peluang yang boleh didapati oleh penyanyi-penyanyi yang hanya tahu menyanyi dan mengharapkan syarikat rakaman menguruskan segalanya. Kini sudah terlalu amat kurang acara majlis memperkenalkan artis baru kecuali dari syarikat-syarikat television yang menganjurkan program-program bakat baru secara realiti. Namun setelah bertahun-tahun syarikat TV itu juga tidak mampu meneruskan pembikinan album-album baru berterusan kerana kos yang tinggi termasuk kos promosinya.
Kesan seterusnya dirasai oleh pemuzik-pemuzik tegar seperti pemain drum, gitar, piano, viola dan lain-lain kerana dengan terdapatnya software-software rakaman elektronik muzik, pemuzik-pemuzik ini boleh diperolehi dari komputer sahaja.
Rakaman di toilet!
Kini tidak ramai lagi kita lihat kemunculan penerbit-penerbit album baru atau penggubah muzik kerana dengan kepandaian menggunakan peralatan elektronik seperti MIDI, Sequencer, muzik software dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit atau penggubah muzik tanpa perlu ke kelas, kolej atau university! Malah rakaman boleh dibuat di mana-mana, boleh jadi dari dalam bilik tidur, malah dari toilet atau dalam almari pakaian…!
Jadi
saranan saya kepada pemuzik-pemuzik baru atau penyanyi-penyanyi baru, anda
harus berhijrah minda dan fizikal kepada menjadi pemuzik, penyanyi atau
penghibur yang berlandaskan kepada perniagaan sendiri. Loonaq.my akan
cuba memandu anda menjadi Entertainer
yang berjiwa Entrepreneur!
0 comments: