Sunday, February 5, 2017

Memahami Bisnes Konten (music, audio/video) Masakini dari Hasil Royalti Persembahan Awam


Badan Pengutip hasil royalti pencipta lagu, lirik, hakmilik rakaman dan royalti pelaku dan muzik rakaman yang dimainkan pada persembahan awam seperti di TV, Radio, Pusat Karaoke, Mall dan Pasaraya, Dewan Konferen, Cafe, Restoran dan Hotel, serta lain-lain.

Satu proses pembelajaran yg panjang! Bermula dari saudara Jebat Suhairi yang terpaksa bertatih belajar dan memahami apa yang dikatakan sebagai bisnes konten pasca baru, iaitu perniagaan konten seperti muzik, audio dan video. Jebat kena hadam apa itu ISRC, barcode sebagai asas penting membuka saluran-saluran pendapatan hasil dari publishing right. Dia kena urus/hantar ke rakamkhanah, MACP, RIM dan Prism/RPM serta OSM untuk ringtones/rbt, berurusan berkenaan licensing & mou bersama content partner serta artis usahawan muzik, cetak Cd utk promosi, kadang-kadang ikut promosi dan cari event...Saya selalu ingatkan, kalau nak unggul dalam usaha ini mesti tahu asasnya.

Bisnes Muzik Masakini Sudah Berubah!

Ketika mula membawa masuk semula Kak teh (orang lama dari FGM) dia juga terkial-kial dengan pengalaman-pengalaman baru yang mungkin tak masuk diakal (maybe), dengan pemasaran digital tanpa pengedaran fizikal, tanpa kontrak rakaman artis cuma ada MOU, pengalaman mencatat akaun juga sepert menjadi seorang baru yang macam tiada pengalaman, hanya kerana bisnes musik masakini sudah totally berubah. Sekarang lebih sinonim dengan nama bisnes konten! Cara peminat dengar dan tonton konten juga sudah berubah. Kalau kita tak berubah maka kita akan padam! (dalam bisnes ini...)

Ketika juga peringkat awal membawa masuk Erman Syahputra dari Batu Bara, Medan ke dalam pengurusan Loonaq Records, tak banyak yang dapat dia belajar dan membantu Jebat, dan saya juga memisahkan urusan Loonaq Records dan IslamicTunes kerana didapati ramai yang confuse di antara Digital Record Label (Loonaq Records) dan Digital Platform (Loonaq.MY dan IslamicTunes).

Tak Jual CD, bagaimana pendapatan masuk?

Tapi saya tak salahkan Jebat atau Erman, atau sesiapa saja kerana ilmu ini tidak ada diajar di sekolah (yg faham akan simpan ketat-ketat sebagai aset peribadi), baik sekolah bisnes atau sekolah konten seperti musik, video/filem atau audio/video rakaman. Ramai artis yang gah nama besar pun masih terkial-kial memahami bagaimana nak sustain dalam perniagaan ini jika tak jual CD? tak ada show? Bagaimana cara pendapatan masuk? Saluran mana? Nantilah jika ada mood dan masa saya tulis lag!)

Saya terpaksa lepaskan Jebat kerana melihat beliau sudah terlalu stress dan kesihatan mula terganggu, dan kekangan dari keluaga baru (ketika itu) jika tanpa support dari sang isteri mmg takkan boleh buat kerja-kerja terutama depan laptop/desktop sepanjang masa. Saya juga kembali fokus kepada konten Islamik kerana itulah sebab utama dulu saya kembali semula ke dalam industri muzik ini sekitar tahun 2011-2012.

Jadi tinggalah Fatin dan kemudiannya membawa masuk Faez yang mulanya hanya untuk menguatkan konten video dan pemasaran media social, tetapi kini mula memahami dan saya tidak lagi mengambil berat tentang hal-hal urusan digital. Walaupun lambat untuk menghadam seperti mana Jebat melakukannya, tetapi saya yakin suatu hari nanti mereka akan menangkap semuanya, mungkin lebih cermat dari saya atau Jebat. Dan jika dulu ada saya dan Jebat, sekarang ada lebih ramai.

Jadi saya doakan Fatin, Faez, Erman dengan bantuan Kak teh serta Okhir (yg juga masih terkial2 dgn bisnes konten alaf baru ini) berkomunikasi lebih erat dan kalau boleh buat macam Jebat dulu, sehingga tidur depan laptop, bawah meja, depan kerusi dan tidur sambil bawa kereta....Allah2...

Agihan Kepada Content Partner

Kepada Fatin, Faez, Erman, kak teh dan Os, anda telah saksikan bahawa pendapatan mula masuk menerusi PPM (Soundrecording), MACP (composer's right publishing) dan jualan digital (digital stores seperti iTunes atau streaming spt Spotify dan Youtube serta ringtones) di mana setiap 3 bulan dan tahunan. Dan setiap pendapatan itu ada agihannya, seperti kepada content partner (yang bersama Loonaq Records ketika ada loonaq.my dan musikhub.asia)dan kontenpreneurs (yg memberi mandat licensing kepada Loonaq Records menerusi platform IslamicTunes) jadi cepat-cepatlah agih jika ada hasilnya kerana setiap hasil itu adalah tanggunjgawab kita melunaskannya.

Kepada semua content partners spt JumpP, Satira, Noh Shazri dan kontenpreneurs lainnya, sila semak status kontrak licensing dan komposer bagi membolehkan Fatin dan kak teh menyelesaikan perkara ini kerana masih terdapat banyak dokumen-dokumen penting hilang dalam simpanan dan hardisk terbakar suatu ketika dulu. Sekarang semua simpan dalam cloud google dan iCloud. Hubungi email loonaqrecords@gmail.com Att: kak teh/Fatin atau loonaqrecordsindonesia@gmail.com Att: Erman Syahputra mohon segera.

Berikut adalah contoh-contoh penyata lagu-lagu dimainkan di radio-radio tempatan (Malaysia) dalam tempoh setahun bagi syarikat label Loonaq Records.