Sunday, May 15, 2016

Pentingnya Kategori Islamic Musik dalam Dunia Digital

Pemusik rock Malaysia Syed Samudera yang telah berhijrah dan 
bergiat dalam hiburan Islam - ke mana arah tuju mereka? 

Peri pentingnya BERFIKIR adalah kerana selepas itu kita boleh mengkaji dan membuat perlaksanaan atau sekadar mengambil tahu, terutama bagi kita yang meminati hiburan yang membawa kita mendidik jiwa diri kita, keluarga dan komuniti Muslim semesta alam.


Pada pandangan saya tak perlulah kita pertikaikan dulu tentang adanya golongan muslim yang mengatakan musik ini haram, dengan dalil-dalil sahih...ya, bagi saya mungkin ulamak2 dulu spt Al-Farabi dan ulama moden kini seperti Yusof Qardawi tak jumpa hadis2 ini dulu semasa mereka membolehkan musik kepada umat Islam dengan meletakkan garis-panduan mengikut syariah, mungkin khilaf tafsiran mereka wallahualam! Sama seperti baca surah Al-Kahfi dan Yassin, kenapa wilayah Nusantara mengamalkan Yassin tetapi tidak surah Kahfi? Wallahualam juga. Kita nantikan saja apa2 fatwa terbaru dari ulamak2 terkini dan lihatlah bagaimana pula penerimaan umat Islam. Sebagaimana rokok telah difatwakan HARAM tetapi masih juga kalangan orang2 tinggi ilmu agama masih lagi hisap rokok? Wallahualam juga. Kita terus kepada point artikel ini.

Muzik Dalam Islam - Tiada Pengiktirafan?

Percayakah anda jika saya beritahu bahawa TIDAK ADA genre musik Nasyid, Nasheed atau nasyeed dalam kategori metadata digital di peringkat dunia sehingga kini? Hasil pemeriksaan saya (terhad hanya menerusi internet) yang ada cuma di Malaysia, iaitu terwujudnya sebuah pengkalan data bagi setiap audio dan video yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menggunakan geran yang diperolehi dari Kerajaan Malaysia sekitar tahun 2013 atau 2014 lalu yang dinamakan sebagai Data Rakaman Music Malaysia (MRD). Namun begitu, platform ini hanyalah untuk kegunaan ahli RIM sahaja dan masih ramai lagi rakaman-rakaman yang dibuat oleh penerbit konten di Malaysia tidak menjadi ahli!

Jika anda pernah ada pengalaman untuk mendaftar musik di iTunes, Google Play Store, Amazon, Spotify dll., anda sudah tentu tidak dapat mendaftarkan atau memilih kategori Nasyid atau apa saja yang boleh mendokumentasikan musik atau rakaman anda ini dalam genre yang sesuai, kerana tidak ada yang berkaitan dengan Islam. Terdapat kategori bagi Kristian musik, Gospel, Jews Music, Spritual (juga merujuk pada Jews) dan motivation (juga merujuk kepada Kristian) tetapi yang saya katakan di atas, tidak ada satu pun merujuk kepada Islamic Music, atau pun Nasyid.

Buat masa sekarang, kebanyakan musik atau rakaman yang berkaitan Islam akan diletakkan di bawah kategori World ataupun Arabic Music. Saya pernah bertanyakan pada wakil iTunes di Singapore sekitar tahun 2014 lalu dan akhirnya mereka membuka satu lagi kategori yang katanya, sekarang anda boleh meletakkan rakaman anda di bawah kategori khas yang kami baru wujudkan, saya tanya Nasyid? Islamic Music? eh bukan, kategori baru itu adalah INDONESIAN RELIGIOUS...aduhhh! kenapa allergic sangat dengan nama ISLAM? 

Ada juga yang bertanya saya kenapa beria-iya sangat mahukan kategori ini diadakan, jawab saya adalah:-

1. Rasa malu pada Allah SWT sebab musik atau rakaman yang saya buat tidak memasyurkan nama Allah;

2. Menghilangkan rasa malu dan rendah diri tidak bertempat di kalangan penggiat musik atau rakaman Muslim kerana tidak diiktiraf sesuai dengan kategori dan jenis rakaman yang mereka buat, jadi tak secara langsung dengan adanya kategori genre ini akan dapat memartabatkan lagi agama Islam yang indah dan sempurna sehingga rakaman musik kita di kategorikan secara jelas dan berdiri sama-rata dengan genre lain, malah lebih baik kerana kita memuji Sang Pencipta, meraikan Nabi dan membawa unsur-unsur pendidikan jiwa dan rohani yang total;

3. Yang ini ramai masih tak perasan! Dengan memastikan kita memilih kategori yang tepat dan jelas iaitu di bawah nama Islam, atau muslim, dapatlah kita sekurang-kurangnya mempertahankan kesucian norma-norma susila insan dan ehsan manusiawi, yang fitrahnya memang menyukai hiburan terutama kepada umat Islam sendiri. Bagaimana pula?

Marilah kita berfikir!

Justeru muzik dan hiburan telah menjadi ubat pelali kepada hampir seluruh umat Islam sedunia yang dahagakan hiburan, kita lihat perkembangan hiburan ini telah menjadi suatu perkara yang penting kepada umat. Ada yang berbelah bagi dan ada yang cuba bergerak sendirian dalam menentukan hala-tuju kehidupan mengikut Islam, tetapi selama mana kita mengasingkan diri dari segala bentuk hiburan yang berleluasa menjaja dan memperdagangkan kemungkaran? Kita perlu bermujahadah dalam komuniti yang besar, bukan sendiri-sendiri!

Kita harus mengaku bahawa kita telah tewas kepada mereka yang tidak beragama dalam menentukan nilai2 pada hiburan. Mereka memperdagangkan muzik dan hiburan seluasnya kerana inilah platform yang mudah membina tamadun mengikut acuan mereka. Segala macam bentuk mungkar yang bertentangan dengan ajaran dan amalan Islam dilanggar dan dinodai secara tuntas tanpa rasa malu. Inilah zaman digital dan maklumat tanpa sempadan, bebas dan ikut sukahati mereka. Mereka membuat segala macam sistem, perisian software, hardware, internet, digital dan satelite dengan memasukkan unsur muzik dan hiburan sebagai latarbelakang produk mereka.

Ramai yang tahu dunia digital ini adalah teknologi berbasis komputer dan internet termasuk gelombang siaraya yang dikawal oleh satellite dengan sistem rangkaian pelantar hosting dari sebesar-besar ladang, pulau atau negeri sehinggalah ke komputer-komputer peribadi, laptop, mobile dan segala macam applikasi serta gajet-gajet IoT. Semua sistem ini tidak mengenal manusia secara harfiah atau roh tetapi mengenal menerusi data-data yang telah disistemkan oleh para pembuat sistem software (yang ini kerja manusialah!). Data ini diasaskan oleh kod yang berupa huruf dan nombor termasuk tanda-tanda atau simbol. Contoh yang mudah ialah apabila anda melihat video YouTube atau mendengar lagu menerusi Spotify, bagaimana pengendali YouTube dan Spotify ini mengenal siapakah pemilik, pencipta dan pelaku (artis/talent) rakaman ini? Seterusnya membuat bayaran kepada yang berhak ini kerana telah menggunakan rakaman ini yang menyebabkan para pengiklan membuat iklan mereka bila rakaman ini digunakan? Jawapannya (saya cuba mudahkan) adalah terdapat kod-kod pengenalan telah ditampal pada rakaman tersebut dan ianya dapat menyedut data-data tersebut dalam tempoh tidak sampai 30 saat boleh memberitau pengendali sistem YouTube dan Sporty siapakah pemilik-pemilik rakaman tersebut! Faham? kalau tak faham nantikan bila senang nanti belanja mengeteh ya...

Justeru kenapa pula mesti ada kategori dan genre?

Sebelum buat atau setelah habis kod, ianya akan disimpan dalam folder file (jangan pula ingat folder yang sama saiz dalam komputer desktop anda, ianya mungkin sebesar satu negara!) tetapi fungsi folder ini adalah sama saja. Prosesnya mereka akan 'create file' dan bila berlaku banyak file pastinya harus diurus dengan baik semua file ini. Jadi adalah perkara biasa kita akan create folder dan jika terlalu banyak pula folder pasti kita akan buat master folder, dan seterusnya. Jika anda biasa dengan c-Panel, pastinya anda tahu apa yang saya katakan ini.

Jadi folder atau master folder ini pastinya perlu diberikan nama. Setiap nama yang dipilih mestilah mengandungi file dan isi-isinya yang berkaitan supaya apabila terlalu banyak file, bagaimanakah kita mahu mencarinya? Ya sebab itulah mereka cipta sistem carian seperti Google Search gunanya untuk mencari semula file atau isinya untuk kegunaan mereka. Jika sekiranya file atau isinya ini tidak diletak di folder yang tepat, sudah tentulah proses masa yang lama akan digunakan untuk mencarinya. Kaedah ayat dan perkataan inilah menjelaskan maksud 'keyword' atau 'metatag' atau 'hashtag' dan lain-lain bergantung kepada siapa yang mula gunakan tetapi maksudnya hampir sama dan tujuannya juga sama.

Bagi pengguna biasa seperti saya, sering gunakan sistem carian ini untuk mencari rakaman lagu. Bagi penulis blog juga biasanya akan membuat keyword supaya orang yang mencari disuapkan dengan kata keyword yang sama atau hampir sama maka dalam beberapa saat muncullah semua bahan-bahan isi yang telah diletakkan di bawah kategori keyword yang sama. Pengiklan yang mahu meletakkan iklan mereka akan melantik agen-agen pengiklanan web seperti Google Adsense dan iklan ini akan diletakkan di mana-mana blog atau video yang mempunyai kategori yang sama, iaitu dengan keyword yang hampir sama. Inilah yang dinamakan algoritma dalam sistem carian. 

Jadi tidak hairanlah jika anda sedang menonton video artis nasyid tiba-tiba anda dikejutkan dengan munculnya iklan tidak senonoh atau iklan yang tidak berkaitan dengan kategori nasyid atau Islam, kerana tidak ada kategori Islamic Music atau Nasyid disediakan untuk mengkategorikan video atau rakaman anda yang tepat atau hampir tepat. (Nota:- saya anggap anda bukan penagih website porno kerana jika iya, salah satu dari kenapa iklan2 porno masuk ke dalam account Youtube dll. adalah juga kerana faktor kekerapan anda melawat website kategori adult ini!).

Namun yang amat pentingnya adalah bagaimana sebuah blog atau media online yang 100% berkaitan Islam tiba2 mendapat iklan dari Adsense yang hampir sama dengan ajaran Islam tetapi sebaliknya menyebabkan ramai yang keliru, seperti ini:-




Faham tak? 

Tuesday, January 20, 2015

Web/Mobile Application: Pelantar Pemasaran Digital Kontent dari Nusantara Melayu Islam

Terbaru dari Loonaq Sdn. Bhd. / Loonaq Records - MusicXChange

MusikHub.asia - kini telah ditutup dan digantikan dengan MusicXChange


Alhamdulillah, musikhub.loonaq.com sudah mula boleh digunakan oleh para pencipta/pemilik kontent samada muzik, audio dan video. Saya boleh kata secara 'unofficial' bahawa inilah pentas pemasaran digital kontent pertama di Malaysia dibuat oleh syarikat tempatan iaitu Loonaq Records dengan bantuan Loonaq Sdn. Bhd. yang kini telah bertaraf syarikat Multimedia Super Corridor Malaysia.
NOTA: Memandangkan sambutan luarbiasa dari penggiat seni kreatif muslim terutama dalam konten musik, saya telah menghentikan MusikHub ini dan menggantikan kepada IslamicTunes selaras dengan hasrat dan visi saya ingin fokus kepada pemasaran digital konten Islamik dari kontenpreneurs Muslim dari seluruh dunia. Telah dilancarkan secara lembut haha maksudnya 'soft-launched' pada April 2015 tahun lepas. Alhamdulillah kini telah hampir mencapai 10k kontenpreneur users.
Namun begitu, pentas ini juga terbuka kepada semua pemilik konten sedunia dan kini mula mendapat perhatian banyak dari pemilik konten dari Indonesia dan Singapore, sesuai dengan konsep Loonaq ingin menjadi Pelantar Pemasaran Kontent Digital dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Nusantara Melayu Islam ke seluruh dunia. Di samping itu juga Loonaq Records sedang bersiap sedia menjadi pintu masuk pemasaran digital ke Asian dari pemilik kontent Asia Barat, US dan Eropah menerusi kerjasama bersama Believe Digital Inc. yang berpusat di France yang merupakan digital aggregreator terbesar selepas iTunes, Youtube dan Google Playstore. Loonaq Records merupakan venture partner yang pertama di Malaysia yang telah berlansung sejak tahun 2012, ketika Believe Digital masih lagi belum membuka pejabat rantau South East Asia di Singapore.

Walaupun masih belum sempurna secara keseluruhannya, ianya telah boleh digunakan oleh pemilik konten samada artis, band, syarikat label dan studio production yang mempunyai hakmilik atas rakaman audio, musik dan video ataupun eBook, ceramah dan talent dari pelbagai jenis konten. Pendaftaran adalah FREE/GRATIS sehingga akan diberitahu kelak dan anda boleh mendaftar menerusi kategori setakat ini iaitu:-

1. Content Partner
2. Content Owner.

Kategori bagi Ahli Persatuan Rakaman Bebas Malaysia  (MIRA) sedang dalam proses bagi menjadikan musikHub.loonaq ini menjadi rakan strategik rasmi bagi memudahkan ahli-ahli MIRA mendaftar, memuat turun konten untuk dihantar ke MyIPO, urusan mengutip royalti persembahan pelaku dan pemilik kontent yang memberi mandat kepada MIRA untuk melaksanakannya bersama Prism Berhad yang mempunyai lesen mengutip royalti. Dengan adanya portal ini juga, ahli-ahli boleh memberi mandat kepada MIRA untuk mendaftarkan lagu-lagu/bahan-bahan rakaman mereka kepada Badan pengutip royalti pencipta lagu/lirik kerana telah mempunyai data-data yang diambil dari musikHub.loonaq ini.

Apa bezanya Kategori Pendaftaran?

http://musikhub.loonaq.com REGISTER ACCOUNT DI SINI!
Content Partner (CP) adalah kalangan pemilik konten yang memilih untuk bekerjasama dengan Loonaq Records secara Eksklusif menerusi perjanjian 'licensing' di mana konten ini akan diurus dan dipasarkan oleh Loonaq Records secara digital ke seluruh dunia samada di musikHub, IslamicTunes atau semua kedai-kedai digital popular dunia termasuk iTunes, Amazon, Google Play Music, Spotify, Deezer dan lain-lain termasuk Youtube monetizing.

Content Owner (CO) adalah kalangan pemilik konten yang memilih untuk memasarkan kontent mereka secara Non-Eksklusif di mana hanya untuk diletakkan di musikHub dan/atau IslamicTunes.net sahaja, sementara untuk pemasaran digital mereka memilih samada mendaftar sendiri konten mereka ke iTunes dan kedai-kedia digital lain atau menggunakan pihak ketiga yang lain. MusikHub tidak menghalang CO untuk meletakkan semua link social media dan website mereka bagi memudahkan anda menjadikan musikhub ini destinasi one stop bagi semua link dalam satu hub saja.

Setiap pemilik konten samada mendaftar secara peribadi atau syarikat (record label), akan mendapat satu akaun sendiri yang membolehkan mereka menguruskan sendiri muat turun konten dan mengisi data-data untuk metadata/keyword konten (seperti judul album atau lagu, nama artis, pencipta lagu/lirik/arranger, senarai tag/kuncikata untuk menarik SEO, dan lain-lain) dan foto cover album serta pautan kepada blog/web/social media anda untuk tujuan share dan promosi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman signup/register dan memuat turun konten anda secara percuma di Youtube, Soundcloud, ReverbNation dan lain-lain, seharusnya anda tiada masalah untuk mendaftar di musikHub.loonaq.com atau layari http://loonaq.com iaitu Halaman Utama bagi aktiviti Loonaq keseluruhannya. -sekarang di http://islamictunes.net

Nantikan Aplikasi Web/Mobile DIGITAL PLATFORM LOONAQ MUSICXCHANGE tidak lama lagi. Bagi pemilik-pemilik konten Islamic, mereka secara option boleh memilih untuk disalurkan terus secara auto ke portal web/mobile apps ini! KINI TELAH TERSEDIA. KLIK. SINI


Wednesday, August 14, 2013

Mendigitalkan Pemasaran Musik dari Asia Tenggara!

Berkunjung ke Radio Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia.
























Alhamdulillah, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, mohon maaf zahir dan batin atas semua perkara terutama tersilap dan khilaf sepanjang penulisan blog ini telah dilaksanakan.

Usaha Loonaq semakin mendekati kepada haluan yang lebih tersusun dan kemas apabila semua konsep dan tatatur perancangan yang dimulai pada awal tahun lepas (2012) sudah mula menampakkan wajah atau pandangan perspektif dari sudut pelbagai dimensi - ke arah mewujudkan Portal Pemasaran Digital (Digital Distribution Platform) yang pertama di Malaysia, secara bebas dan berkendiri! Dan yang manisnya adalah kejayaan Loonaq menembusi pasaran Indonesia secara tuntas dan kemas, dengan dimulai dari pinggir Aceh terus menuju ke Bandung dan Jakarta, dan insyaaAllah kami akan ke kota Pekalongan minggu depan bagi memeterikan beberapa lagi projek usahasama rakaman atau licensing deal; terima kasih Pak Awan Toha dan Pak Mayadis yang begitu bersungguh-sungguh mengusahakan program Rangkaian Usahawan Musik anjuran Loonaq dapat dilaksanakan dengan jayanya.

MSC Status

Hari ini juga kami telah mengunjungi pejabat Multimedia Development Corporation bagi memulakan proses permohonan status MSC untuk Loonaq Sdn. Bhd. memperkasakan lagi usahanya ke arah menjadi Portal Pemasaran Digital khusus untuk kandungan audio, muzik dan video. Sebenarnya status ini adalah untuk menjadikan www.loonaq.my mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pihak-pihak pemain industri digital dunia lebih mengenal dan memberikan reputasi yang lebih tinggi untuk berbincang sebarang urusan perniagaan digital sedunia.

Dunia Eropah dan US serta Korea dan Jepun telah mendahului kita dalam pemasaran digital muzik ini dan mau tidak mau memang kita terpaksa bersaing ataupun bersama-sama mereka dalam perniagaan ini. Kejayaan Loonaq setakat ini dalam menjenamakan Loonaq.My telah menghasilkan Loonaq dapat menandatangani beberapa perjanjian pemasaran dengan pemain-pemain bertahap dunia, dan tentunya kesempatan ini kami ambil untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan digital.

Sebenarnya kami masih belum berniaga lagi! Usaha kami lebih banyak untuk membuat R&D dan beberapa ujikaji pemasaran dan promosi media sosial selain dari usaha menjenamakan Loonaq dan juga artis usahawannya, membuat contoh-contoh konsep dan mencari ruang serta peluang  'Be Seen. Be heard & Get Noticed".

Penyumbang 'free content'

Namun masih ramai lagi artis dan label indie yang masih 'angau' dan 'mamai'. Daripada bekerjasama dengan kami atau label lain bagi mendigitalkan pemasaran muziknya, mereka fikir lebih baik terus saja bagi 'free' kepada semua. Kepada anda semua yang masih memiliki rasa angau dan mamai ini, teruskanlah menjadi penyumbang dan penderma kepada Youtube dan Google, media sosial dan lain-lain portal gatekeeper yang dah memang kaya raya dan mendominasi pasaran muzik sedunia...




Tuesday, June 25, 2013

Loonaq Records ke Pemasaran Digital - Kerjasama Dengan Believe Digital (France)


InsyaaAllah, Loonaq Records sedang dalam proses perbincangan serius ke tahap menandatangani Perjanjian Digital Licensing seluruh dunia yang bermakna semua lagu-lagu yang diterbit atau diserah hak licensing kepada Loonaq Records akan didagangkan secara digital di kedai-kedai digital download popular seluruh dunia.  Ini termasuk iTunes, Amazon Mp3, Google Play, Spotify, Deezer dan beratus lagi kedai digital seluruh dunia yang kebanyakkannya berpusat dari Erapoh dan USA.  

Believe Digital adalah salah sebuah pemberi khidmat "digital aggregator" dari France yang menghubungkan produk-produk lagu atau album samada indie label seperti Loonaq Records dan label indie yang lain dengan digital stores dan streaming platform. Alhamdulillah, bukan mudah untuk sesebuah indie label yang baru, dan yang berasal atau berpusat dari rantau Asia Tenggara seperti Malaysia atau Indonesia untuk diterima menjadi Partnership Content Provider kepada mereka, atau mana-mana syarikat/pihak "aggregator' yang lain. Benar, ada yang sudah diterima tetapi kebanyakkan mereka itu mendaftar dengan membayar sejumlah wang (USD) untuk mendaftarkan lagu atau album mereka. Dan sekiranya adapun yang diterima, sudah tentulah faktor utamanya adalah populariti sedangkan kita maklum produk artis-artis dari Loonaq Records adalah pendatang baru atau belum popular...lagi. 

Jadi, apakah faktor utama yang membolehkan Believe Digital menerima Loonaq Records? 

Kami fokus kepada online, media sosial dan blog, baik dari segi pemasaran dan juga promosi yang berterusan di facebook, youtube dan tweeter.

Support yang produk artis-artis Loonaq Records yang dijangkakan dapat diperolehi adalah tambahan PROMOSI yang dapat meletakkan nama-nama mereka atau bands/group setaraf dengan artis/band dari seluruh dunia terutamanya dari Barat.

Jadi pihak kami berharap artis-artis di bawah Loonaq Records dapat memunafaatkan fanpage, youtube dan twitter acc mereka dan juga promosi yang kami mulakan di beberapa digital muzik provider seperti soundcloud, reverbnation dan lain-lain secara konsisten. Percayalah, insyaaAllah kita pasti berjaya.