Wednesday, August 14, 2013

Mendigitalkan Pemasaran Musik dari Asia Tenggara!

Berkunjung ke Radio Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia.
























Alhamdulillah, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, mohon maaf zahir dan batin atas semua perkara terutama tersilap dan khilaf sepanjang penulisan blog ini telah dilaksanakan.

Usaha Loonaq semakin mendekati kepada haluan yang lebih tersusun dan kemas apabila semua konsep dan tatatur perancangan yang dimulai pada awal tahun lepas (2012) sudah mula menampakkan wajah atau pandangan perspektif dari sudut pelbagai dimensi - ke arah mewujudkan Portal Pemasaran Digital (Digital Distribution Platform) yang pertama di Malaysia, secara bebas dan berkendiri! Dan yang manisnya adalah kejayaan Loonaq menembusi pasaran Indonesia secara tuntas dan kemas, dengan dimulai dari pinggir Aceh terus menuju ke Bandung dan Jakarta, dan insyaaAllah kami akan ke kota Pekalongan minggu depan bagi memeterikan beberapa lagi projek usahasama rakaman atau licensing deal; terima kasih Pak Awan Toha dan Pak Mayadis yang begitu bersungguh-sungguh mengusahakan program Rangkaian Usahawan Musik anjuran Loonaq dapat dilaksanakan dengan jayanya.

MSC Status

Hari ini juga kami telah mengunjungi pejabat Multimedia Development Corporation bagi memulakan proses permohonan status MSC untuk Loonaq Sdn. Bhd. memperkasakan lagi usahanya ke arah menjadi Portal Pemasaran Digital khusus untuk kandungan audio, muzik dan video. Sebenarnya status ini adalah untuk menjadikan www.loonaq.my mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pihak-pihak pemain industri digital dunia lebih mengenal dan memberikan reputasi yang lebih tinggi untuk berbincang sebarang urusan perniagaan digital sedunia.

Dunia Eropah dan US serta Korea dan Jepun telah mendahului kita dalam pemasaran digital muzik ini dan mau tidak mau memang kita terpaksa bersaing ataupun bersama-sama mereka dalam perniagaan ini. Kejayaan Loonaq setakat ini dalam menjenamakan Loonaq.My telah menghasilkan Loonaq dapat menandatangani beberapa perjanjian pemasaran dengan pemain-pemain bertahap dunia, dan tentunya kesempatan ini kami ambil untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan digital.

Sebenarnya kami masih belum berniaga lagi! Usaha kami lebih banyak untuk membuat R&D dan beberapa ujikaji pemasaran dan promosi media sosial selain dari usaha menjenamakan Loonaq dan juga artis usahawannya, membuat contoh-contoh konsep dan mencari ruang serta peluang  'Be Seen. Be heard & Get Noticed".

Penyumbang 'free content'

Namun masih ramai lagi artis dan label indie yang masih 'angau' dan 'mamai'. Daripada bekerjasama dengan kami atau label lain bagi mendigitalkan pemasaran muziknya, mereka fikir lebih baik terus saja bagi 'free' kepada semua. Kepada anda semua yang masih memiliki rasa angau dan mamai ini, teruskanlah menjadi penyumbang dan penderma kepada Youtube dan Google, media sosial dan lain-lain portal gatekeeper yang dah memang kaya raya dan mendominasi pasaran muzik sedunia...




Previous Post
Next Post

0 comments: