Update artikel 2020 - Sejarah kali ini kita akan berpuasa dalam suasana #lockdown #stayHome akibat #COVID-19, #coronavirus. Bermakna juga kita tidak dapat solat Jumaat, tidak ada solat terawih, takda jamuan-jamuan dan majlis-majlis yang berkumpul. Sesuatu yang pastinya menyedihkan!
----------------------
Semalam saya berkunjung ke pasaraya The Store, Sungai Buloh untuk membeli juadah berbuka puasa untuk anak bongsu 8 tahun yang beria-ia nak berbuka dengan Pizza Hut, hmm! walaupun tekak orang tua seperti saya dah tak boleh terima tapi untuk tekak anak-anak muda zaman sekarang saya ikutkan asalkan halal dan toyyiban.
Sepanjang berada dalam pasaraya tersebut, saya perasan yang pasaraya ini (rasanya kebanyakkan pasaraya pun!) dah mula mengkumandangkan secara keseluruhannya lagu-lagu hari raya, mungkin untuk menaikkan semangat pengunjung untuk merasai suasana hariraya dan tentunya akan berbelanja lebih. Walaupun saya rasa terlalu awal, tapi tak kisahlah, maknanya berada dalam pasaraya baru rasa nak raya! Memang insyaaAllah akan tiba jua hariraya ni, cuma sambutannya berbeza untuk orang tua dan anak-anak muda!
Umum mengetahui bahawa bila tiba saja bulan Ramadhan, yang pertama dibayangkan adalah perayaan sambutannya iaitu Hari Raya Aidilfitri.
Kisah saya kali ini?
Saya dapati komuniti usahawan muzik juga tidak ketinggalan mula mencipta dan mempromosi lagu-lagu sempena hari raya itu dengan harapan lagu-lagu mereka akan jadi macam lagu hari raya yang 'evergreen' dan selalu diputarkan atau dimainkan oleh stesyen-stesyen radio tempatan, pasaraya atau di mana-mana. Ada yang baru mula merakam dekat-dekat nak ramadhan tapi sebenarnya sepatutnya untuk membuat rakaman lagu single atau album hariraya seharusnya dibuat awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum Ramadhan. Banyak kerja pre-produksi sebenarnya dari memilih lagu, penyanyi, rakaman dan akhirnya buat CD dan video muzik.Usahawan Pemilik Rakaman Loonaq (Content Partner) saudara Boy Razak ada menghantar lagu-lagu Hari Raya milik dan diletak di http://www.loonaq.my/kay/index.php album nyanyian artis baru iaitu Kay Ebrahim. Rakan usahawan Loonaq di utara Malaysia , Signature Team juga dengarnya sedang merakam (rasanya dah selesai!) rakaman lagu hariraya yang dinyanyikan oleh barisan artis-artis Signature. Ramai lagi sebenarnya tak tertulis pun senarainya tapi apa sebenarnya yang saya nak sentuh berkenaan lagu hariraya ini?
Album Hari Raya terbitan Signature Team yang beroperasi di Utara Malaysia yang juga merupakan rakan strategik Loonaq Records di utara Malaysia. |
Buat Kajian Lagu Hari Raya
Rasanya elok pada usahawan-usahawan muzik buat kajian dan 'research' yang terperinci sebelum kita 'invest' buat lagu-lagu raya ini sebabnya:1. Pasaran kita sudah banyak melambak lagu-lagu hari raya;
2. Pasaran ini bermusim yang kebanyakkan peminat hanya dengar sewaktu minggu-minggu akhir berakhir Ramadhan dan seminggu dua hariraya;
3. Stesyen-stesyen radio, pasaraya dan lain-lain tempat umum dan awam kini hanya memutarkan lagu-lagu hari raya 'evergreen' kerana seperti yang telah saya tulis dalam blog ini terdahulu bahawa stesyen radio masakini bukan tempat untuk mempromosi lagu-lagu baru, mereka hanya putarkan yang sudah popular sebab untuk dapat trafik populariti. Begitu juga dengan kedai, pasaraya dan lain-lain yang menggunakan muzik untuk menarik dan menghibur serta menceriakan pelanggan-pelanggan mereka, pastinya mereka memilih lagu-lagu;
4. Jadi bersedialah untuk mempromosi lagu-lagu hariraya ini dalam jangkamasa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 5 tahun kerana dengan mempromosi bertahun-tahun semasa musim hariraya, baru lagu kita jadi 'evergreen';
Tips untuk pasaran lagu Hariraya
1. Untuk pemilik rakaman atau usahawan rakaman, gunalah artis lama yang sudah popular kerana populariti itu dengan sendiri dapat mempromosi lagu tersebut dengan sedikit mudah. Walaupun tidak gerenti sebenarnya, tapi inilah yang dibuat oleh syarikat-syarikat rakaman dulu seperti EMI, Warner, Sony dan lain-lain;2. Untuk artis baru, anda seharusnya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk anda dikenali semasa musim hariraya ini. Musimnya singkat dan dengan nama pun artis baru, bagaimana anda nak mencelah dalam ratusan atau ribuan lagu-lagu hariraya yang sedia ada? yang ada berpuluh-puluh yang macam dah jadi lagu wajib hariraya seperti lagu P.Ramlee iaitu Dendang Perantau, Saloma dan lain-lain!
3. Akhirnya marilah kita sama-sama minta dan berjuang memohon kepada radio-radio dan TV milik kerajaan agar dapat menyiarkan lagu-lagu hariraya ini secara bersegmen, lagu-lagu 'evergreen', lagu-lagu moden pop dan lagu-lagu baru...saya tak harapkan radio TV swasta atas memahami faktor komersial sudah pasti kita tidak mahu mereka tutup kedai sebab takda iklan masuk kerana asyik siarkan lagu-lagu baru!
Semasa di FGM 20 tahun lebih dulu, ada juga terlibat dalam pemasaran album ini:
Senyum-senyum sendiri lagu yang popular sehingga kini dari Gelombang Biru (Kombo TLDM) adalah "SALAM KEKASIH DI HARI RAYA" kalau nak dengar cubalah google tajuk ni sebab kami pun dah takda master album ini.
Lagu-lagu Hari Raya Yang Terpopular di Malaysia!
Antara lagu-lagu hari raya yang telah jadi 'evergreen' pada masyarakat Malaysia dan nusantara adalah:
1. Dendang Perantau [Tan Sri P Ramlee]
2. Selamat Hari Raya [Puan Sri Saloma]
3. Gurindam Di Pagi Raya [Jay Jay]
4. Hari Raya Bahagia [Jay Jay]
5. Suasana Riang Di Hari Raya [Junainah M Amin]
6. Satu Hari Di Hari Raya [Datuk M Nasir]
7. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda [Mamat Exist].
8. Dari Jauh Ku Pohon Maaf [Dato' Sudirman]
9. Bila Takbir Bergema [Datin Rafeah Buang]
10. Inang Aidilfitri [Dato' Sudirman & Zaleha Hamid]
11. Selamat Hari Raya [Rahimah Rahim]
12. Pulang Di Hari Raya [NoorKumalasari]
13. Gembira Bersama Di Hari Raya [Othman Hamzah]
14. Puasa Dan Raya [Senario]
15. Hari Raya Hari Bahagia [Ramlah Ram]
16. Selamat Hari Lebaran [Ramlah Ram]
17. Selamat Hari Raya [Ramlah Ram]
18. Di Pagi Aidilfitri [Rosemaria]
19. Aidilfitri [Sanisah Huri]
20. Bersabarlah Sayang [Sanisah Huri]
21. Bisikan Hati Di Pagi Aidilfitri [Hail Amir & Datuk Sharifah Aini]
22. Seloka Hari Raya [Hail Amir & Uji Rashid]
23. Selamat Hari Raya [Datuk Sharifah Aini]
24. Suara Takbir [Datin Seri Siti Nurhaliza]
25. Meriah Suasana Di Hari Raya [Datin Seri Siti Nurhaliza]
26. Halaman Asmara [Awie & Ziana Zain]
27. Selamat Hari Raya [Dato' Sudirman]
28. Doa Di hari Mulia [Uji Rashid]
29. Dengan Bismillah [Uji Rashid]
30. Sepasang Kurung Biru [Khairil Johari Johar]
31. Di Hari Kemenangan Ini [Datuk M Daud Kilau]
32. Hari raya Tetap Tiba [Sweet September]
33. Ewa Ewa Hari Raya [Malek Ridzuan]
34. Balik Kampung [Dato' Sudirman]
35. Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz)
36. Musafir Di Aidilfiti (S. Jibeng)
37. Salam Kekasih Di Hari Raya (Gelombang Biru)
lagi? banyak, sila tambah...