Friday, January 18, 2013
Wednesday, January 2, 2013
2013 telah bermula...Jihad Bermula?
Saya tak berapa teruja sangat nak menyambut, memberi ucapan salam atau selamat tahun baru, menghadiri pelbagai program, festival, karnival, pesta dll yang khusus atau tidak, baik yang dibuat untuk meraikan tahun baru ini secara komersil semata, atau dicampur-baurkan bersama pengisian rohani atau total ke arah program keagamaan saja. Bagi saya, ini bukan jelmaan atau ilham yang digarap oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW terutamanya di zaman 4 khalifah2 yg dijanjikan syurga oleh Nabi apabila menetapkan bahawa tahun baru bagi umat Islam adalah diambil dari peristiwa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah. Noktah. Muktamad.
Sambutan Tahun Baru
Saya lagi bertambah pelik jika ada program-program yang diwujudkan atas sifat sambutan tahun baru ciptaan Yahudi dan Nasrani (yang telah disebut sebagai musuh Islam dalam Al-Quran secara nyata dan terang selain iblis/syaitan!) dianjurkan oleh individu atau kumpulan yang dekat dengan ilmu Islam!
Namun begitu subjek ini begitu relatif dengan industri muzik dan hiburan, apalagi kalau muzik dan hiburan itu tidak berkait langsung untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan yang satu, Allah SWT! Begitu halusnya yahudi & nasrani bersatu untuk mencipta pelbagai event yang jarang2 dapat dielakkan oleh umat Islam untuk menolaknya, secara tidak langsung mendorong umat Islam tidak menjadikan qalamullah dan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan. Laa hawla walaa quwataa illa billa hil aliyyil azim...ampunkanlah kami yaa Robb...
Kuasa Ekonomi
Semuanya ini kerana kuasa ekonomi. Mereka jadikan umat Islam bergantung penuh dengan sistem kehidupan dunia yang bertentangan dengan suruhan dan nasihat Nabi Muhammad SAW sehingga umat Islam tidak dapat mengelakknya; dan yang paling sadis mencari alasan paling sinikal untuk membenarkan mereka mengikut sistem tersebut iaitu - TERPAKSA...!
Maka berlangsunglah kehidupan ini dengan budaya ciptaan yahudi dan nasrani dengan mengumpan nafsu keserakahan serta mungkar dan membuang malu sebagai asas hidup yang paling seronok, dan kita umat Islam tidak dapat lari dari cengkaman ini malah terpaksa menerimanya sebagai lumrah kehidupan...riba, rasuah, khianat, zina dll berlaku di depan mata tanpa dapat kita menghalang dan siapa yang menolaknya bagai hidup ketinggalan di zaman purbakala!
Lagu saya JIHAD EKONOMI telah lama tersimpan dalam koleksi tanpa siapa berani nak menyanyikannya dengan alasan takut, tak berani, liriknya terlalu berat tak terdaya nak mengendongnya, terlalu 'direct to the point' atau paling sadis adalah 'kami belum kaya lagi'....!
Mungkinkah tahun ini saya menemui artis yang boleh menerima lagu ini? Insya Allah!
Haji Rozman Haji Abas
Pengurus/Pemillik LOONAQ RECORDS