Muzik Elektronik
Rencana kali ini khas untuk pemuzik-pemuzik yang meminati muzik
digital, iaitu rakaman muzik digital menggunakan software-software yang banyak
berada di pasaran sekarang. Kini ianya dipanggil rakaman muzik elektronik.
Membunuh Pasaran Studio Analog
Sepertimana internet telah dan akan melenyapkan terus pasaran
album dalam bentuk CD atau kaset dengan teknologi download yang berleluasa
tanpa dapat dibenteras malah dicegah, muzik digital ini juga akan pasti dan
sudah mula membunuh pasaran pengguna-pengguna atau pelanggan-pelanggan studio rakaman analog dan semi
analog.
Teknologi Software Rakaman
Kini semakin ramai pemuzik-pemuzik menggunakan peralatan digital
muzik elektronik untuk merakamkan muzik mereka dengan menggunakan komputer
peribadi ataupun notebook sahaja. Ini banyak mengurangkan kos samada sewaan
studio malah kos kenderaan yang semakin meningkat. Teknologi ini semakin
bergerak dan tidak lama lagi komposisi dan gubahan muzik boleh dilakukan dari
iPhone dan iPad juga telefon android.
Kini studio-studio rakaman analog atau semi analog hanya diperlukan
untuk merakamkan peralatan drum yang mana untuk menghasilkan drum yang
dimainkan oleh pemain drum yang sebenar. Namun begitu tidak lama lagi
akan terhapus juga kerana kini telah mula terdapat software atau clip-clip
‘loops’ rakaman drum yang boleh di 'cut and paste' yang hampir sama malah boleh
mengatasi mutu permainan/sound pemain drum yang sebenar!
Maka hasilnya kini kita dapati satu demi satu syarikat rakaman
yang dulunya tumbuh bagai cendawan kini hilang atau menutup operasi termasuklah
syarikat-syarikat yang ditunjangi oleh syarikat rakaman antarabangsa.
Dengan tindakan tersebut maka kini semakin kecil peluang yang boleh didapati
oleh penyanyi-penyanyi yang hanya tahu menyanyi dan mengharapkan syarikat
rakaman menguruskan segalanya. Kini sudah terlalu amat kurang acara
majlis memperkenalkan artis baru kecuali dari syarikat-syarikat television yang
menganjurkan program-program bakat baru secara realiti. Namun setelah
bertahun-tahun syarikat TV itu juga tidak mampu meneruskan pembikinan
album-album baru berterusan kerana kos yang tinggi termasuk kos promosinya.
Kesan seterusnya dirasai oleh pemuzik-pemuzik tegar seperti pemain
drum, gitar, piano, viola dan lain-lain kerana dengan terdapatnya
software-software rakaman elektronik muzik, pemuzik-pemuzik ini boleh diperolehi
dari komputer sahaja.
Rakaman di toilet!
Kini tidak ramai lagi kita lihat kemunculan
penerbit-penerbit album baru atau penggubah muzik kerana dengan kepandaian
menggunakan peralatan elektronik seperti MIDI, Sequencer, muzik software dan
lain-lain, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit atau penggubah muzik tanpa perlu ke kelas, kolej atau university! Malah
rakaman boleh dibuat di mana-mana, boleh jadi dari dalam bilik tidur, malah
dari toilet atau dalam almari pakaian…!
Jadi
saranan saya kepada pemuzik-pemuzik baru atau penyanyi-penyanyi baru, anda
harus berhijrah minda dan fizikal kepada menjadi pemuzik, penyanyi atau
penghibur yang berlandaskan kepada perniagaan sendiri. Loonaq.my akan
cuba memandu anda menjadi Entertainer
yang berjiwa Entrepreneur!