Friday, April 10, 2020

Usah Bimbang, Rezeki Allah Yang Beri! Pesanan Buat Artis dan Pemuzik Akbat dari Lockdown dan Covid19

"Kita memberi, Allah mencukupkan rezeki!"

Seorang anak muda dari Indonesia dengan semangat bersolidariti, bersama-sama bersemangat utk mengumpul dana untuk kebajikan artis-artis Malaysia. Vicky Aditya bakal menghiburkan kita semua. Ayuh dermalah utk kebajikan artis kita terutama saudar Ali XPDC dengan menderma terus ke tabung beliau seperti tertera di poster.
Ada beberapa perkara yang para artis atau seleberiti boleh lakukan disebabkan PKP yang sedang berjalan sekarang, yang berkemungkinan besar akan dilanjutkan ke fasa 3 selepas ini. Anda dan kami semua memang terjejas, malah satu dunia sekarang sedang menuju keruntuhan ekonomi yang dasyat, jauh lebih dasyat dari zaman gelap Eropah suatu waktu dulu.Namun kita harus #moveon dan tak boleh berhenti dari berfikir bagaimana kita dapat membuat sesuatu.
1. Jadilah Social Media Influencer 
Para artis atau selebiriti mempunyai kelebihan iaitu pengaruh dan pengikut. Kelebihan ini bukan semua orang ada, hanya golongan artis dan orang-orang yang dikenali sahaja mempunyai dua ‘P’ ini. Mengikut pemerhatian yang saya buat, jumlah pengikut Tomok di laman Instagramnya ialah seramai 2.5 juta orang. Jelas ini memberi banyak kelebihan kepadanya. Saya percaya kebanyakan artis dan selebiriti yang berjaya juga mempunyai bilangan pengikut yang ramai.
Anda boleh membuat perniagaan sendiri iaitu dengan cara keluarkan produk barangan sama ada dihasilkan sendiri ataupun dibungkus semula. Artis boleh jual produk seperti kerepek, biskut atau segala benda yang tengah ‘in’ pada waktu sekarang. Kalau fikir logik, tidak mungkin daripada jumlah pengikut yang ramai itu tidak ada yang berminat untuk membeli.
Jika tidak berniaga sendiri pun, mereka boleh menjadi ejen atau reseller kepada perniagaan orang lain. Perkara ini umpama serampang dua mata di mana dapat menjana pendapatan peribadi di samping dapat membantu para peniaga terlibat menaikkan hasil jualan. Atau dengan ikhlasnya menjadi duta atau jurucakap kepada penganjur2 dana tabungan khususnya yang ditubuhkan untuk membantu sesiapa yang menjadi susah ketika #lockdown akibat #covid-19.
Sebagai cadangan, setiap jualan itu mereka boleh ambil 10 peratus sebagai komisen. Contohnya satu peniaga mendapat hasil jualan sebanyak RM10,000 dan mereka boleh raih RM1,000 daripada hasil jualan itu dengan hanya menjadi reseller sahaja.
Bukan mahu kejar kekayaan pada waktu begini, cukuplah sekadar mampu untuk menyara kehidupan. Apa yang penting, jika anda mempunyai kelebihan, gunakanlah kelebihan itu untuk membantu yang lain, contohnya mengusahakan dana tabungan. Inilah yang diusahakan oleh Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau IRAMA. 
2. Jual Merchandise dari nama anda atau band
Jika terasa hidup terlalu tersepit semasa tempoh PKP dijalankan, apalah salahnya kalau jual barang bernilai kita. Buat macam garaj sales secara online! atau Yard Sale online? Boleh jual kasut, jam tangan, helmet mahal, motosikal, barangan koleksi, baju dan lain-lain. Barangan mereka itu boleh ditawarkan untuk dijual kepada jutaan pengikut di laman sosial. Daripada berjuta pengikut itu, pasti ada yang berminat. Maklumlah artis atau selebiriti, sudah pasti ada peminat fanatik.
Hasil daripada jualan tersebut mungkin dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka pada ketika sumber pendapatan terjejas kesan ‘tiada job’ di waktu PKP ini. Dan mungkin juga boleh membantu rakan2 lain yang juga terjejas tapi bukan artis atau selebiriti macam anda. Bukankah sedekah itu cara mudah untuk menjemput rezeki? Ini saya petik dari audiobook "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan dan bacaan Haji Fathuri Salehuddin.
3. Perbanyakkan penghasilan digital content.
Dalam tempoh PKP ini pastinya jumlah masa kebanyakan orang di internet berkali ganda lebih tinggi daripada kebiasaan. Jadi, peluang begini patut direbut oleh golongan artis untuk menggunakan masa yang ada akibat ‘tiada job’ untuk menghasilkan content seperti video dan sebagainya untuk dimuat naik di pelantar digital. Perkara ini boleh mendatangkan pendapatan.
Sebagai contoh, mereka boleh menghasilkan satu content YouTube sehari. Dalam 28 hari ada 28 content jika terus konsisten. Jika setiap content mampu raih 100 ribu tontonan, dalam 28 hari dapat 2.8 juta tontonan. Di YouTube, ia mampu raih pendapatan sekitar RM3,000-RM6,000. Selepas sebulan hingga 3 bulan, boleh cash out dan dapat hasil daripada penghasilan content itu.

Jika anda masih baru dan belum layak jadi Youtube Partner seperti yang disyaratkan, usah kalut atau terus jadi buntu. Jadilah konten partner Loonaq Records dan anggaplah kolaborasi ini sebagai jambatan anda memulakan perdagangan konten. Sign up free di sini.
4. Membuat online showcase menerusi lnstagram live atau FB Watch
Satu lagi inisiatif yang boleh golongan artis lakukan ialah menganjurkan online showcase secara langsung di laman sosial seperti Instagram dan sebagainya.
Bayaran minimum yang dikenakan, RM10 sebagai contoh, pastinya dapat memberikan pulangan hasil yang setimpal dengan inisiatif dan usaha yang dilakukan, selain dapat lebih merapatkan hubungan dengan para peminat. Usaha perlu diteruskan walaupun kita kena #lockdown akibat #covid-19.


First ever Online Showcase!!

Kalau nak tiket, RM 10 satu dan lepas beli tiket baru diinvite ke Instagram Private untuk live show💕

Kalau nak tiket boleh roger Kartini - 016-8789437

2 jam persembahan dan bakal nyanyi 3 lagi baru yang tak release mana-mana lagi!

View image on Twitter

51 people are talking about this


Dalam diam2, Inisiatif ini sudah pun digerakkan oleh Amir Jahari. Amir Jahari proaktif bertindak lantas menganjurkan online showcase beliau sendiri di laman Instagram dengan bayaran minima RM10.
Sebagai contoh, jika Amir Jahari berjaya menjual 500 keping tiket, beliau akan berjaya meraih RM5,000.
Tidakkah ia satu inisiatif yang bijak daripada seorang artis?
Kerajaan sudah menyatakan bahawa akan usahakan yang terbaik untuk rakyat. Jadi golongan artis tidak perlulah meminta bantuan khusus daripada kerajaan. Mereka perlu berada sebaris dengan rakyat lain dan menerima apa sahaja pakej serta bantuan kerajaan kepada rakyat.
Namun dalam isu ini, saya bersetuju jika artis veteran termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu. Kekangan kudrat dan kekurangan perhatian pada pasca populariti mungkin menyukarkan mereka dalam waktu sebegini untuk mencari sumber pendapatan. Saya yakin kerajaan atau institusi tertentu tidak akan terlepas pandang dan tampil membantu kelompok ini bagi meringankan beban.
Apa-apa pun, golongan artis muda dan berpengaruh perlu sedar bahawa lebih ramai lagi yang lebih layak mendapatkan bantuan khusus berbanding mereka. Berusahalah. 
Bagi saya, kita boleh memilih sama ada berharap untuk dibantu ataupun mencari jalan menggunakan dua aset besar yang ada pada manusia iaitu akal dan masa. Pilihan terletak pada diri masing-masing.

Sumber:  Disalin, diedit dan ditambah dari hebahan whatsapp group IRAMA.

Saturday, March 28, 2020

ZIKIR MUNAJJAT PILIHAN - Playlist Youtube Pilihan #StayAtHome #covid-19 #Prihatin



Sempena kita diarahkah duduk rumah diam-diam LOCKDOWN, saya cadangkan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat dan ummah semua agar kita berzikir dan bermunajat, samada buat secara lafaz sendiri, berjemaah bersama ahli keluarga atau di tempat anda bermukim sekarang, atau dengarkan zikir-zikir ini di Youtube Premier, Youtube, Spotify, Joox, Apple Music, Deezer dan lain-lain. Moga konten-konten kami bisa dimunafaatkan oleh umat sekelian alam, insyaaAllah, amiin dan terima kasih. Semoga juga #coronavirus ini segeralah terhapus dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa!

Monday, July 7, 2014

Kisah Lagu Hari Raya Ciptaan Baru


Update artikel 2020 - Sejarah kali ini kita akan berpuasa dalam suasana #lockdown #stayHome akibat #COVID-19, #coronavirus. Bermakna juga kita tidak dapat solat Jumaat, tidak ada solat terawih, takda jamuan-jamuan dan majlis-majlis yang berkumpul. Sesuatu yang pastinya menyedihkan!

----------------------
Semalam saya berkunjung ke pasaraya The Store, Sungai Buloh untuk membeli juadah berbuka puasa untuk anak bongsu 8 tahun yang beria-ia nak berbuka dengan Pizza Hut, hmm! walaupun tekak orang tua seperti saya dah tak boleh terima tapi untuk tekak anak-anak muda zaman sekarang saya ikutkan asalkan halal dan toyyiban. 

Sepanjang berada dalam pasaraya tersebut, saya perasan yang pasaraya ini (rasanya kebanyakkan pasaraya pun!) dah mula mengkumandangkan secara keseluruhannya lagu-lagu hari raya, mungkin untuk menaikkan semangat pengunjung untuk merasai suasana hariraya dan tentunya akan berbelanja lebih. Walaupun saya rasa terlalu awal, tapi tak kisahlah, maknanya berada dalam pasaraya baru rasa nak raya! Memang insyaaAllah akan tiba jua hariraya ni, cuma sambutannya berbeza untuk orang tua dan anak-anak muda!

Umum mengetahui bahawa bila tiba saja bulan Ramadhan, yang pertama dibayangkan adalah perayaan sambutannya iaitu Hari Raya Aidilfitri. 


Kisah saya kali ini? 

Saya dapati komuniti usahawan muzik juga tidak ketinggalan mula mencipta dan mempromosi lagu-lagu sempena hari raya itu dengan harapan lagu-lagu mereka akan jadi macam lagu hari raya yang 'evergreen' dan selalu diputarkan atau dimainkan oleh stesyen-stesyen radio tempatan, pasaraya atau di mana-mana. Ada yang baru mula merakam dekat-dekat nak ramadhan tapi sebenarnya sepatutnya untuk membuat rakaman lagu single atau album hariraya seharusnya dibuat awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum Ramadhan. Banyak kerja pre-produksi sebenarnya dari memilih lagu, penyanyi, rakaman dan akhirnya buat CD dan video muzik.

Usahawan Pemilik Rakaman Loonaq (Content Partner) saudara Boy Razak ada menghantar lagu-lagu Hari Raya milik dan diletak di  http://www.loonaq.my/kay/index.php album nyanyian artis baru iaitu Kay Ebrahim. Rakan usahawan Loonaq di utara Malaysia , Signature Team juga dengarnya sedang merakam (rasanya dah selesai!) rakaman lagu hariraya yang dinyanyikan oleh barisan artis-artis Signature. Ramai lagi sebenarnya tak tertulis pun senarainya tapi apa sebenarnya yang saya nak sentuh berkenaan lagu hariraya ini?


Album Hari Raya terbitan Signature Team yang beroperasi di Utara Malaysia yang juga merupakan rakan strategik Loonaq Records di utara Malaysia.

Buat Kajian Lagu Hari Raya

Rasanya elok pada usahawan-usahawan muzik buat kajian dan 'research' yang terperinci sebelum kita 'invest' buat lagu-lagu raya ini sebabnya:

1. Pasaran kita sudah banyak melambak lagu-lagu hari raya;

2. Pasaran ini bermusim yang kebanyakkan peminat hanya dengar sewaktu minggu-minggu akhir berakhir Ramadhan dan seminggu dua hariraya;

3. Stesyen-stesyen radio, pasaraya dan lain-lain tempat umum dan awam kini hanya memutarkan lagu-lagu hari raya 'evergreen' kerana seperti yang telah saya tulis dalam blog ini terdahulu bahawa stesyen radio masakini bukan tempat untuk mempromosi lagu-lagu baru, mereka hanya putarkan yang sudah popular sebab untuk dapat trafik populariti. Begitu juga dengan kedai, pasaraya dan lain-lain yang menggunakan muzik untuk menarik dan menghibur serta menceriakan pelanggan-pelanggan mereka, pastinya mereka memilih lagu-lagu;

4. Jadi bersedialah untuk mempromosi lagu-lagu hariraya ini dalam jangkamasa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 5 tahun kerana dengan mempromosi bertahun-tahun semasa musim hariraya, baru lagu kita jadi 'evergreen';


Tips untuk pasaran lagu Hariraya

1. Untuk pemilik rakaman atau usahawan rakaman, gunalah artis lama yang sudah popular kerana populariti itu dengan sendiri dapat mempromosi lagu tersebut dengan sedikit mudah. Walaupun tidak gerenti sebenarnya, tapi inilah yang dibuat oleh syarikat-syarikat rakaman dulu seperti EMI, Warner, Sony dan lain-lain;

2. Untuk artis baru, anda seharusnya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk anda dikenali semasa musim hariraya ini. Musimnya singkat dan dengan nama pun artis baru, bagaimana anda nak mencelah dalam ratusan atau ribuan lagu-lagu hariraya yang sedia ada? yang ada berpuluh-puluh yang macam dah jadi lagu wajib hariraya seperti lagu P.Ramlee iaitu Dendang Perantau, Saloma dan lain-lain!

3. Akhirnya marilah kita sama-sama minta dan berjuang memohon kepada radio-radio dan TV milik kerajaan agar dapat menyiarkan lagu-lagu hariraya ini secara bersegmen, lagu-lagu 'evergreen', lagu-lagu moden pop dan lagu-lagu baru...saya tak harapkan radio TV swasta atas memahami faktor komersial sudah pasti kita tidak mahu mereka tutup kedai sebab takda iklan masuk kerana asyik siarkan lagu-lagu baru!

Semasa di FGM 20 tahun lebih dulu, ada juga terlibat dalam pemasaran album ini:



Senyum-senyum sendiri lagu yang popular sehingga kini dari Gelombang Biru (Kombo TLDM) adalah "SALAM KEKASIH DI HARI RAYA" kalau nak dengar cubalah google tajuk ni sebab kami pun dah takda master album ini.


Lagu-lagu Hari Raya Yang Terpopular di Malaysia!


Antara lagu-lagu hari raya yang telah jadi 'evergreen' pada masyarakat Malaysia dan nusantara adalah:

1. Dendang Perantau [Tan Sri P Ramlee]
2. Selamat Hari Raya [Puan Sri Saloma]
3. Gurindam Di Pagi Raya [Jay Jay]
4. Hari Raya Bahagia [Jay Jay]
5. Suasana Riang Di Hari Raya [Junainah M Amin]
6. Satu Hari Di Hari Raya [Datuk M Nasir]
7. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda [Mamat Exist].
8. Dari Jauh Ku Pohon Maaf [Dato' Sudirman]
9. Bila Takbir Bergema [Datin Rafeah Buang]

10. Inang Aidilfitri [Dato' Sudirman & Zaleha Hamid]
11. Selamat Hari Raya [Rahimah Rahim]
12. Pulang Di Hari Raya [NoorKumalasari]
13. Gembira Bersama Di Hari Raya [Othman Hamzah]
14. Puasa Dan Raya [Senario]
15. Hari Raya Hari Bahagia [Ramlah Ram]
16. Selamat Hari Lebaran [Ramlah Ram]
17. Selamat Hari Raya [Ramlah Ram]
18. Di Pagi Aidilfitri [Rosemaria]
19. Aidilfitri [Sanisah Huri]
20. Bersabarlah Sayang [Sanisah Huri]
21. Bisikan Hati Di Pagi Aidilfitri [Hail Amir & Datuk Sharifah Aini]
22. Seloka Hari Raya [Hail Amir & Uji Rashid]
23. Selamat Hari Raya [Datuk Sharifah Aini]
24. Suara Takbir [Datin Seri Siti Nurhaliza]
25. Meriah Suasana Di Hari Raya [Datin Seri Siti Nurhaliza]
26. Halaman Asmara [Awie & Ziana Zain]
27. Selamat Hari Raya [Dato' Sudirman]
28. Doa Di hari Mulia [Uji Rashid]
29. Dengan Bismillah [Uji Rashid]
30. Sepasang Kurung Biru [Khairil Johari Johar]
31. Di Hari Kemenangan Ini [Datuk M Daud Kilau]
32. Hari raya Tetap Tiba [Sweet September]
33. Ewa Ewa Hari Raya [Malek Ridzuan]

34. Balik Kampung [Dato' Sudirman]
35. Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz)
36. Musafir Di Aidilfiti (S. Jibeng)
37. Salam Kekasih Di Hari Raya (Gelombang Biru)

lagi? banyak, sila tambah...