Sunday, March 17, 2013

Islamik Pop: Jenama Membangunkan Ummah

Grafik oleh Ahmad Zahir 2020

Assalamualaikum WBT. 

Artikel ini sekadar mengingatkan diri kami dan umat Islam semua agar tidak terjebak dengan pemikiran sempit lagi ekstrim untuk menolak pandangan-pandangan membuang dan mengelak menggunakan sepenuhnya teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh musuh-musuh Islam iaitu dakyah memesongkan apa yang Allah dan RasulNya tegah, sebaliknya mempromosinya sebagai suatu aspek kemodenan, keterbukaan dan cara hidup (lifestyle) menerusi SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS dan SMOKE. Perjuangan mereka untuk mengubah aspek ketamadunan dan budaya manusia keseluruhannya serta untuk menolak kuasa Tuhan atau mempercayai Tuhan bukan baru bermula, malah ianya dirancang dengan rapi, sehinggakan ibu-ibu melahirkan tuannya, membuang rasa malu dan kerakusan terhadap keseronokan dunia.

Adakah kita mahu tunduk dengan musuh-musuh Islam yang menggunakan sepenuhnya teknologi masakini mempengaruhi aspek nilai-nilai kerohanian murni kita? Adakah dengan berpendapat bahawa mengelakkan teknologi merupakan jawapan yang rasional dalam dunia moden sekarang? TV, komputer dan skrin memang tidak dapat dinafikan menjadi signikan besar terhadap keperluan manusia masakini termasuklah umat Islam, dari orang biasa hinggalah kepada imam-imam dan ulama serta pemimpin, semua memerlukannya termasuk untuk mempromosi Allah dan keEsaannya, Nabi-NabiNya dan lain-lain bagi mencipta atau mengekalkan tamadun agama ini.

Menolak kuasa Tuhan?


Justeru itulah kami bawa perjuangan ini untuk mengajak seluruh umat Islam bermula dari pengkarya/pencipta dan mereka yang berbakat untuk menyampai atau membuat persembahan dengan bahan-bahan yang baik dan sesuai dengan norma-norma etika Islam; walaupun terpaksa kita berlembut sedikit dengan memberi peluang kepada anak-anak muda dengan disokong minat mereka mengikut naluri kesukaan masakini spt lagu-lagu pop, metal, rock, dubstep dan lain-lain. Namun ini bukan perjuangan kami sebagai individu semata, ianya adalah perjuangan semua umat Islam termasuk menyokong dan memastikan pelabur-pelabur yang membuat pelaburan mengusahakan bahan-bahan ini (label/pemuzik/artis) untuk masuk ke wilayah-wilayah SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS DAN SMOKE secara bertubi-tubi mempromosi mungkar dan membuang malu pada setiap diri Muslim dan Muslimah, dan ianya bukan agenda bermusim atau sekadar ada sahaja. 
Tak perlu lagi kita huraikan tentang peranan yang telah dan sedang serta akan dijalankan menerusi skrin, songs, seks dan sports kerana itu semuanya telah di integrasikan menjadi satu teknologi iaitu telekomunikasi satelit dan digital yang semuanya boleh dihubungkan menerusi satu telefon bimbit sahaja dan apa-apa gajet-gajet untuk keperluan multimedia. Berikutnya, muncul media social dan community page untuk memudahkan mereka memasukkan ideologi dengan berita-berita fitnah atau adu-domba bagi menggalakkan permusuhan terutama kepada sesebuah organisasi keagamaan. 

Atas perkataan SMOKE kebiasaannya orang akan merujuk kepada rokok tetapi sebenarnya adalah sumber asas kepada 'api' dan apabila merebak keluarlah perkataan terbakar (fire). Apa yang mereka bakar?


Racun-Racun Fitnah



Dulu kebanyakkan perkara agenda mereka adalah perang semata dengan membakar dan melupuskan sejarah, membinasakan tamadun dan budaya serta memporak-perandakan salasilah dengan penghapusan etnik termasuk merogol dan membiarkan mangsa melahirkan anak2 luar nikah yang tidak ketahuan asal-usul warisannya, agama atau kepercayaannya, kebangsaannya atau keneragaannya. Namun kini agenda smoke adalah dengan membuat racun2 fitnah, mempersoalkan asas keagaaman termasuk menyokong separuh dan menidakkan separuh, mencampur-adukkan kitab2 dan terkini memasukkan ayat2 suci Al-Quran yang salah atau disalah tafsirkan dan banyak lagi.

Assalam.