Wednesday, April 22, 2020

Cadangan Makmurkan Ekosistem Industri Muzik Malaysia

Daqmie dan kumpulan muziknya sewaktu live showcase di MIHAS 2016
Saya mendapat undangan untuk menandatangani sebuah petition online yang memohon kerajaan Malaysia membantu industri muzik di bawah aktiviti persembahan atau 'event management'. Ya, saya tandatangan dan menyertai komuniti ini kerana merasakan boleh membantu sekadar termampu ramai ramai kawan-kawan yang berada dalam industri ini yang merupakan salah satu dari ekosistem yang penting dalam pembangunan industri muzik dan konten kreatif secara keseluruhannya atau makro.

Pakej Rangsangan Bantuan #prihatin - Terima kasih

Tanpa bermaksud untuk mengecilkan usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam menangani #covid19 yang sememangnya banyak membantu rakyat setiap lapisan terutamanya dengan pakej rangsangan bantuan #prihatin yang banyak terutamanya kepada komuniti perdagangan dan perniagaan, mungkin ada lagi hal-hal yang terlepas pandang, atau menganggap industri ini tidak begitu penting selaras dengan skala 'industri penting' yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya harap tidaklah begitu!

Timbulnya keinginan saya membuat artikel ini juga berdasarkan kepada usaha-usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) yang menganjurkan pelbagai program pertandingan "Seni Dalam Talian" dan juga pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atas usaha dan inisiatif menganjurkan 136 program #MuzikDariRumah khas di YouTube #MuzikMalaysia. Tahniah atas usaha-usaha ini. Bagi saya, usaha-usaha ini sangat baik dan tepat waktunya bagi membantu penggiat seni, namun selepas dari ini, diharapkan ianya menjadi titik mula memperbaiki kegagalan menterjemah maksud membantu semua pihak yang terlibat dalam industri muzik. 

Antara Penggiat, Pemain dan Pelabur Industri.

Bilamana program atau event ini dianjurkan sendiri oleh jabatan, seharusnya jabatan melihat dari skop industri secara makro yang mempunyai jaringan ekosistem yang tersendiri, sepertimana industri yang lain juga. Ada hulu dan ada hilir, dan ada yang berada di tengah-tengah antara hulu dan hilir! Harus dipandang dari sudut sebagai penggiat seni, pemain industri dan pelabur industri. 

Sejujurnya saya gembira dengan usaha ini yang secara tidak langsung membawa kalangan menteri-menteri, pegawai dan kakitangan kerajaan merapatkan diri dalam media baru seperti Youtube, Facebook dan Instagram dan ini juga membuka ruang dan peluang kepada pelbagai lagi event atau pertandingan boleh dibuat menerusi online dan digital.

Namun saya rasa perlu juga mengeluarkan pendapat saya secara peribadi, apatah lagi industri muzik ini masih lagi belum mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari kerajaan-kerajaan sebelum ini dan diharapkan kerajaan baru ini dapat mengubah perkara ini. Maksud pengiktirafan yang selayaknya adalah seperti industri filem yang dinaungi secara kewujudannya menerusi Akta Finas beserta peruntukan dana dan pelbagai geran dan inisiatif; dan seperti mana yang dinikmati oleh filem animasi yang dijaga dan "dikendong" oleh MDEC dengan ratusan juta ringgit diperuntukkan untuk industri animasi selama ini menerusi peruntukan dana dan pelbagai geran pemula. 

Industri Muzik Masih Lagi Dianaktirikan?

Sungguhpun industri ini telah pun berubah dan disatukan menjadi Industri Kreatif, saya masih mempunyai tanggapan yang industri muzik masih lagi dianaktirikan dan tidak mendapat bantuan yang selayaknya sepertimana yang telah diberikan kepada industri filem dan animasi. Memang ada bantuan tetapi ianya dalam bentuk 'ad-hoc', sekali-sekala dan dengan tujuan-tujuan berbentuk mencapai matlamat jangkapendek atau bermusim. 

Memang kita ada ASWARA namun ianya lebih bersifat akademik dan hasil pengalaman saya dengan pelajar-pelajar atas beberapa tujuan, saya mendapati hampir kesemuanya masih 'terpisah' dari dunia industri! 

Apa yang lebih diperlukan sejak dari dulu adalah penubuhan sebuah badan atau agensi yang jelas tentang muzik, di mana sekarang terdapat pelbagai kementerian dan agensi yang berkeadaan 'sipi-sipi' tentang muzik. Pernah dulu ada Jabatan Muzik di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia atau KeKKWa, dan terdapat juga inisiatif geran untuk pembuatan video muzik, namun selepas itu jabatan ini hilang tidak dapat dikesan lagi, sehingga meja di pejabat kementerian pun sudah tiada!

Justeru saya memohon agar semua pihak dari pelbagai kementerian ini dapat memahami secara jelas konsep memakmurkan industri ini secara makro dan bersifat menjadi ejen pemakmuran bagi semua pihak yang berada dalam industri, dan bukan kepada satu-satu cabang industri saja. Mereka perlu pandangan dari setiap lapisan penggiat, pemain dan pelabur industri, bukannya hanya mengambil pandangan dan rujukan dari kalangan selebriti penggiat industri atau dari kalangan pemain dan pelabur yang disifatkan sebagai 'kluster kayangan' atau kartel industri. 

Diharap selepas ini dapatlah kira kementerian atau jabatan dan agensi dapat memberi peluang lebih banyak kepada pemain industri untuk bersama-sama menganjurkan bagi pihak kerajaan. 

Oleh itu saya rasa wajarlah petisyen ini diperhalusi oleh kerajaan secara makro. Di sinilah letaknya ramai pemain dan pelabur industri yang terlibat dalam industri secara sepenuh masa, jarang yang menjadi pemain sebagai 'freelancer'. Ada yang menjadi 'event organiser', pemberi perkhidmatan sistem siaraya, lampu dan pentas, promoter, studio rakaman, videografer, fotografer, pembuat konten-konten multimedia, penyedia venue untuk persembahan, dan lain-lain termasuk syarikat rakaman kecil atau indie label, radio, tv dan channel blogger, pemuzik sebagai penggubah muzik, penerbit konten, publishing house dan penyedia software dan platform untuk pemasaran digital, online serta aplikasi mobile dan gajet.

Mengenal-pasti Ekosistem Industri Muzik Malaysia 

Dalam hal ini, pemain industri merupakan penyambung kepada penggiat seni di mana yang ada bakat, yang telah jadi selebriti, yang sudah tak popular tetapi mempunyai pengalaman menjadi mentor, yang masih digilap yang menanti pemain industri memasukkan mereka dalam industri dan seterusnya menemukan mereka atau secara bersama menjadi pelabur industri. Inilah ekosistem industri muzik. 
" pemain industri merupakan penyambung kepada penggiat seni di mana yang ada bakat, yang telah jadi selebriti, yang sudah tak popular tetapi mempunyai pengalaman menjadi mentor, yang masih digilap yang menanti pemain industri memasukkan mereka dalam industri dan seterusnya menemukan mereka atau secara bersama menjadi pelabur industri. "
Sinkronisasi muzik dengan filem, video, pemainan video dan konten keseluruhannya merupakan aspek tambahan kepada pendapatan kepada seluruh ahli ekosistem ini yang mana inilah yang dikawal oleh kerajaan menerusi lesen-lesen mengutip royalti penyiaran dan persembahan awam, dari pusat-pusat hiburan, karaoke, platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Amazon Music, Youtube, Deezer dan lain-lain. Nilai industri ini di peringkat tempatan tahun 2019 sebelum ini adalah sekitar hampir RM200juta dan ianya hanya dari dagangan konten muzik dan audio, dan tidak termasuk nilai dagangan dari persembahan showcase dan event lain.

Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan khilaf, saya tahu ramai kawan kalangan industri dan pihak kementerian dan agensi akan tersinggung, namun atas dasar ingin membantu, izinkanlah saya memberi pandangan saya. Terima kasih.

- Rozman Abas
Saya share petisyen ini dan jika anda tidak keberatan untuk membantu, silalah tandatangani petisyen ini. http://chng.it/WYC7CmJJS6 

EVENT INDUSTRY IN DIRE STRAITS! #SaveMYEvents #theshowmustgoon

The Malaysian Events Industry has been hit hard by the Covid19 crisis with cancellations, postponements and prohibition of all events including concerts, conventions, exhibitions, launches, roadshows, weddings, etc.

The entire industry has been brought to its knees and business owners are down to their last Ringgit trying to keep their companies afloat.

Many companies are already being forced to take drastic measures just to survive. Laying off staff members and asking some to take unpaid leaves is the last thing on every business owner’s mind but looking at the current situation, this is something that cannot be avoided.

Even before the Covid19 Lockdown was implemented in Match 2020, the event industry was already slowly feeling the heat since mid-January 2020 when companies decided to put a hold on all types of events due to the uncertainty that was happening globally.

However sad to say that always being highlighted by the media is only the MICE (Meeting, Incentives, Conventions & Events) Industry but many often forget about the other group of people who works tirelessly and diligently without sleep to ensure that when you arrive for your Gala Dinner, Weddings, Launches, Fashion Shows etc. the next day, the Stage is set up, Audio Visual system is running, Decorations is done, Musicians, Dancers and other Performers have done their rehearsals and are ready to entertain you while you sit back, relax and enjoy the show.

The matter of fact is that the SHOW CANNOT GO ON if the welfare and interest of the smaller event players are ignored. Based on an estimation there is easily more than 10,000 registered event companies in Malaysia and their employment figure run in the tens of thousands ranging from Event Managers, Event Coordinators, Event Producers, Sound Engineers, Lighting Programmer, Carpenters, Stage Hands, Technical Crew, Emcees, Disc Jockeys, Dancers, Performers, Musicians and the list goes on and on.

We thank the government for the help that has been given so far but we hope that assistant would be given to business owners as well. Based on our prediction it would take at least 6 months to 9 months or even 12 months for the event industry to slowly get back on its feet.

At this moment the show cannot go on. Please help us to keep the industry alive.

Sunday, October 14, 2012

Panduan Usahawan Muzik- Rancang Strategi Sebelum Mulakan Produksi


Saya akui saya bukanlah berjaya sangat dalam industri muzik, tetapi saya ada pengalaman merancang dan melaksanakan idea2 saya yg kadang2 dipanggil orang 'tak masuk akal'!

Waktu saya mula memanggil band FTG untuk buat rakaman di studio untuk rakaman album secara professional (sbb ketika itu banyak band2 underground cuma buat rakaman demo di studio2 jamming je!), ramai juga yang kata saya dah hilang akal, sebab ketika tu hampir semua syarikat rakaman berlumba2 buat album band rock, macam2 jadinya hingga dah macam tak rock pun asal ada bunyi ketuk drum kuat2 kasi power atau bunyi gitar solo atau intro goreng sampai layu...lepas tu posingkan anggota band dengan baju rockers...maka jadilah band tersebut sebuah band rock...! Tp mmg boleh jual...1st release pun kaset print 3,000 unit kira takda return punya...yg peliknya saya pilih band underground thrash metal?

Penerbit dan Pemuzik yang sama!

Sampai sekarang saya masih terdengar2 seorang komposer tersohor di sini (sekarang dah jadi legend!) perkataannya mengatakan saya gila dan bodoh! Tapi saya buat juga, sebab saya dah kaji pasaran muzik yg dah tepu ketika itu dengan muzik pop rock jadi rock cinta dan akhirnya jadi rock kapak sbb nampak ganas tapi sebenarnya menghiris...! Satu lagi kebanyakkan album2 rock ketika itu kebanyakkannya dimainkan oleh pemuzik2 yang sama, penerbit2 yang sama dan penulis lirik2 yang sama...kebanyakkannya!?

Dan akhirnya lepas FTG muncul Modar, The Pilgrims, Infectious Maggots dan kompilasi The Circle of Friends yg menggabungkan 4 buah band underground alternatif rock, ianya menjadi fenomena! FTG baru 2 minggu di pasaran terus terjual hampir 10,000 unit kaset dan terus meningkat sehingga lebih 80,000 unit; Modar (lebih kurang 12,000), The Pilgrims (35,000) I.Maggots (20,000) & Circle of Friends (lk 5,000) sehingga tahun 1994-95 rasanya sebelum saya bergabung dengan Kirawang Muzik utk projek seterusnya sehinggalah secara total saya berhenti dari perniagaan ini utk beralih kepada perniagaan lain. Ketika itu syarikat2 rakaman besar dan international telah mula menumpu kepada arah muzik underground dan alternatif rock ini secara aggresif.

Apakah rahsianya?

Sebab saya yakin pasaran muzik ketika itu sudah tepu...maknanya macam trend rock sudah nak pudar tapi masih ada pengikut yang ramai...pendengar perlukan material lain...Yakin juga tak cukup tapi usaha untuk memasang strategi dan melaksanakan misi promosi secara terus dalam masa yang panjang....