Friday, October 12, 2012
Thursday, October 4, 2012
UCOP - Resah Dalam Rindu
UCOP - Resah Dalam Rindu
Gabungan cover kaset awal, masa ni CD baru je diperkenalkan dan hanya dicetak untuk promosi di radio RTM sekitar tahun 1992-93
Gabungan cover kaset awal, masa ni CD baru je diperkenalkan dan hanya dicetak untuk promosi di radio RTM sekitar tahun 1992-93
Friday, September 28, 2012
#google+
#loonaqrecords
#malaysia. #islamikpop
#mattersme
#Recording Software
#recordingartist
#recordingcompany
#recordlabel
#syarikatrakaman
#video muzik
electronic music
free Mp3 music
free music
Entertainer berjiwa Entrepreneur!
Muzik Elektronik
Rencana kali ini khas untuk pemuzik-pemuzik yang meminati muzik digital, iaitu rakaman muzik digital menggunakan software-software yang banyak berada di pasaran sekarang. Kini ianya dipanggil rakaman muzik elektronik.Membunuh Pasaran Studio Analog
Sepertimana internet telah dan akan melenyapkan terus pasaran album dalam bentuk CD atau kaset dengan teknologi download yang berleluasa tanpa dapat dibenteras malah dicegah, muzik digital ini juga akan pasti dan sudah mula membunuh pasaran pengguna-pengguna atau pelanggan-pelanggan studio rakaman analog dan semi analog.
Teknologi Software Rakaman
Kini semakin ramai pemuzik-pemuzik menggunakan peralatan digital muzik elektronik untuk merakamkan muzik mereka dengan menggunakan komputer peribadi ataupun notebook sahaja. Ini banyak mengurangkan kos samada sewaan studio malah kos kenderaan yang semakin meningkat. Teknologi ini semakin bergerak dan tidak lama lagi komposisi dan gubahan muzik boleh dilakukan dari iPhone dan iPad juga telefon android.
Kini studio-studio rakaman analog atau semi analog hanya diperlukan
untuk merakamkan peralatan drum yang mana untuk menghasilkan drum yang
dimainkan oleh pemain drum yang sebenar. Namun begitu tidak lama lagi
akan terhapus juga kerana kini telah mula terdapat software atau clip-clip
‘loops’ rakaman drum yang boleh di 'cut and paste' yang hampir sama malah boleh
mengatasi mutu permainan/sound pemain drum yang sebenar!
Maka hasilnya kini kita dapati satu demi satu syarikat rakaman yang dulunya tumbuh bagai cendawan kini hilang atau menutup operasi termasuklah syarikat-syarikat yang ditunjangi oleh syarikat rakaman antarabangsa.
Dengan tindakan tersebut maka kini semakin kecil peluang yang boleh didapati oleh penyanyi-penyanyi yang hanya tahu menyanyi dan mengharapkan syarikat rakaman menguruskan segalanya. Kini sudah terlalu amat kurang acara majlis memperkenalkan artis baru kecuali dari syarikat-syarikat television yang menganjurkan program-program bakat baru secara realiti. Namun setelah bertahun-tahun syarikat TV itu juga tidak mampu meneruskan pembikinan album-album baru berterusan kerana kos yang tinggi termasuk kos promosinya.
Kesan seterusnya dirasai oleh pemuzik-pemuzik tegar seperti pemain drum, gitar, piano, viola dan lain-lain kerana dengan terdapatnya software-software rakaman elektronik muzik, pemuzik-pemuzik ini boleh diperolehi dari komputer sahaja.
Rakaman di toilet!
Kini tidak ramai lagi kita lihat kemunculan penerbit-penerbit album baru atau penggubah muzik kerana dengan kepandaian menggunakan peralatan elektronik seperti MIDI, Sequencer, muzik software dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit atau penggubah muzik tanpa perlu ke kelas, kolej atau university! Malah rakaman boleh dibuat di mana-mana, boleh jadi dari dalam bilik tidur, malah dari toilet atau dalam almari pakaian…!
Jadi
saranan saya kepada pemuzik-pemuzik baru atau penyanyi-penyanyi baru, anda
harus berhijrah minda dan fizikal kepada menjadi pemuzik, penyanyi atau
penghibur yang berlandaskan kepada perniagaan sendiri. Loonaq.my akan
cuba memandu anda menjadi Entertainer
yang berjiwa Entrepreneur!
Monday, September 24, 2012
Rangkaian Usahawan Muzik (Bhg 1)
Assalamualaikum Wbt!
Perniagaan muzik kini telah berubah. Hakikatnya tak banyak
lagi syarikat rakaman berlumba2 utk membuat album2 baru. Kini peluang terbuka
kepada label2 kecil ataupun artis/pemuzik sendiri membuat ketrampilan secara
direct kpd fans. Internet khususnya
media sosial telah merubah landskap industri muzik dalam media baru yang lebih
terbuka dan globalisasi…MUZIK tidak lama lagi akan menjadi komoditi yang
PERCUMA atau murah….khususnya apabila awan (cloud) dijajah oleh gergasi-gergasi
mulitimedia & telekomunikasi satelite…
Namun kreativiti tidak akan berhenti…ilham akan membuak-buak
dan perlukan platform untuk dijelmakan, dipaparkan, dipromosi dan dijual-beli.
Seni boleh datang dari mana2; dari seniman jalanan, dari seniman elit; seniman
kampungan atau seniman metropolitan…akhirnya keupayaan untuk hidup menyedut
udara Allah SWT termasuk melangsaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan
agama juga memerlukan ‘wang’….adalah asas kepada sebuah kehidupan. Siapa2 yang
lari dari ‘hakikat’ ini pasti akan
kecundang dan tewas di dunia (yg pasti belum tahu samada mahu tewas di akhirat
Wallahualam..!)…
Ironinya kreativiti kini ditakrifkan sebagai industri
(malang nasib Pak Pandir tak hidup zaman ini yang menaik-tarafkan angan2!)
kerana sumber dana datang dari pihak yang ingin menggunakan angan2, imaginasi,
khayalan, ilham kepada industri kreatif. Mereka ini adalah golongan yang
mewujudkan platform “itu&ini” dan menggunakan semua bahan2 industri kreatif
ini untuk dipapar dan didengar seluruh khalayak semesta alam menerusi teknologi
networking yang berada di hujung jari mereka saja…dan semuanya ini memerlukan
dana investment yang besar…!
Golongan ini juga tidak menilai jiwa, emosi atau sebarang
etika konsep; mereka mencipta cara baru untuk menilai iaitu dengan melihat
LIKE, FOLLOWERS, SUBSCRIBERS, VIEWS, SEO dan lain-lain lagi. Jadi tak usahlah kita terkejut sekarang bila
mana fitnah, adudomba, tipudaya kini telah di’kreatif’kan untuk untuk menaikkan
rating sesebuah platform….
Ohh begitu besar subjek ini jika hendak dibincang…baiklah
kita kembali kepada topik asal iaitu muzik.
Jadi, di manakah nilai bakat semulajadi atau bakat asuhan
seseorang seniman artis/pemuzik yang mau dikembangkan? Adakah anda hanya
berserah pada nasib dengan mengambil langkah2 yang diambil oleh Yuna dan Najwa
iaitu dengan merakam sendiri lagu/video dan upload di Youtube…so anda pun
upload bermacam2 aksi anda…kemudian anda dapati viewers anda tak sampai2
mencecah puluh2 ribu hanya sekadar kurang dari 200-300 saja? Kalau jawapan anda
adalah YA, hakikatnya bukan anda seorang yang jadi begitu, ramai lagi. Kalau
tak percaya cuba cari di Youtube tu…cuba tengok berapa ramai yg dah view…ada
yang tak sampai 100 viewers pun!
Justeru itulah LOONAQ RECORDS diwujudkan…
i. membina platform untuk portal jualan online & muat turun digital;
ii. membina jaringan promosi secara berkelompok/berstrategi di media fizikal dan maya;
iii. membina jaringan media sosial secara berkesan termasuk membimbing artis/pemuzik menjadi usahawan internet/media sosial & blog;
iv. merintis jalan menjadi usahawan secara amnya...
Kami dah mulakannya dgn SAFIYA, OZON & HUFAZ, akan
menyusul ELLY, SALIMA AF, ALI TERRA ROSSA, ROCKTONE & SYED SAMUDERA; kami
usahakan program Rangkaian Usahawan Bakat...bincang dgn kami sekiranya anda
punyai bakat & ingin menyertai rangkaian perniagaan ini...
Ada tiga kategori yang boleh dipilih untuk menyertai
Loonaq.My
1. Usahasama rakaman album samada single, mini atau
full album secara tajaan penuh (terms & conditions apply);
2. Usahasama pemasaran termasuk promosi sesebuah album
yang telah siap master copy tetapi masih belum diedarkan secara fizikal ataupun
di internet (terms & conditions appy);
3. Usahasama sebagai ‘content partner’ di Loonaq.My
portal jualan online dan digital download (terms & conditions appy).
JOM! Bincang dengan kami di loonaqrecords@gmail.com . Usaha kecil untuk umat Muhammad SAW....
Saturday, September 15, 2012
Sessi Taklimat Youtube, Google+ Presentations....
Ms Arica Ng-Manager of Youtube Music Partnership |
Semalam, 14/9/2012 telah berlansung satu sessi taklimat dari wakil Youtube yg diketuai oleh Ms Arica Ng (yg berpusat di Hong Kong) untuk ahli2 One Stop Music Malaysia, iaitu syarikat yang dimiliki oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Sebelum ni saya hanya tahu yg syarikat ini hanya mengutamakan servis mendaftarkan secara one stop registration lagu2 kepada semua Telcos di negara ini...jadi sekarang mungkin dah ada perkembangan...
Ramai yg dah tahu lebihkurang 7 tahun lalu Google telah membeli Youtube dan kini telah pun mula membuka operasinya di Malaysia (Nota: sebentar tadi saya dah cuba utk register sebagai partnership tp masih lagi belum berjaya dengan alasan negara ini masih belum termasuk dalam rangkaian partnership mereka...wallahualam) agaknya mereka menanti cadangan dari OSM/RIM sendiri untuk satu pendaftaran tunggal pemasaran muzik Malaysia Youtube dan syarikat2 label lain hendaklah berada di bawah OSM jika nak buat partnership dengan Youtube...ohhh agaknya tak boleh direct jugalah! Almaklum sekarang ramai nak buat bisnes cara mudah bertindak sebagai orang tengah....
Point di sini adalah kita semua tahu ramai yg dah jadi popular dengan platform Youtube dengan mendaftar sebagai user dan buka akaun dan seterusnya upload video2 kita...Tp amat sedikit yang tahu bahawa kita sebenarnya boleh buat partnership dengan Youtube sebelum kita upload video kita secara berstrategi dan buat 'monetization' plan dari awal. Buat masa ini di Malaysia, Indonesia, Thailand (kecuali Singapore) Youtube biasanya akan memantau chanel users yg popular (nilaian mereka adalah pada angka2 subscribers/views) yg kemudiannya barulah ditawarkan program partnership ini.Ramai yg dah tahu lebihkurang 7 tahun lalu Google telah membeli Youtube dan kini telah pun mula membuka operasinya di Malaysia (Nota: sebentar tadi saya dah cuba utk register sebagai partnership tp masih lagi belum berjaya dengan alasan negara ini masih belum termasuk dalam rangkaian partnership mereka...wallahualam) agaknya mereka menanti cadangan dari OSM/RIM sendiri untuk satu pendaftaran tunggal pemasaran muzik Malaysia Youtube dan syarikat2 label lain hendaklah berada di bawah OSM jika nak buat partnership dengan Youtube...ohhh agaknya tak boleh direct jugalah! Almaklum sekarang ramai nak buat bisnes cara mudah bertindak sebagai orang tengah....
Partnership Dengan Youtube
Friday, September 7, 2012
Shooting Video Muzik OZON - Menerobos Sukma
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kami telah berjaya membuat penggambaran muzik video kumpulan pop rock OZON dari 3/9-5/9/2012 yang lalu di sekitar bandar Alor Star (Menara Alor Star/Tasik Darul Aman & studio Tune) dan Kg Keda, Pendang. Sekarang sedang proses editing dll dan diharap hujung minggu ini dapatlah finish product yang telah siap diedit.
Menerobos Sukma
Lagu-lagu yang terlibat adalah 4 lagu dari mini album terbaru mereka berjodol Menerobos Sukma iaitu Menerobos Sukma, Bunga Lalang, Berdua Bersamamu dan Sayembara sementara lagu Raja Sehari kami hanya sempat merakamkannya dalam bentuk santai yang turut disertai oleh sdr Syed Samudera (juga sedang menyiapkan mini album comeback terbarunya di bawah label Loonaq Records) dan ex-drummer Ozon, Melissa dan kini Andalusia iaitu Anchoy dan beberapa peminat OZON yang sama-sama turut membantu produksi muzik video ini... terima kasih kami ucapkan, termasuk kerana telah menyelamatkan kami dari dihampiri ular kapak yang mungkin tak selesa dengan kehadiran crew kami yang membingitkan suasana malam di kampung yg terletak di ceruk pendalaman....tapi best...
|
Lokasi Kg shoot video music OZON |
|
|
|
Kumpulan Rock OZON dari Kedah |