Halal atau Haram?
Isu yang ‘trending’ suatu ketika dulu (sekarang dah jadi suam-suam kuku!) di mana-mana social media termasuk di kalangan bloggers adalah tentang cerita halal coklat Cadbury…sekejap tak halal…sekejap boleh jadi halal. Baiklah, saya pun nak ‘join’ juga isu hangat ini walaupun sudah lambat, tapi bukan untuk mengesahkan sijil halal atau tak halal pada Cadbury tapi lebih kepada sikap masyarakat kita menafsirkan peri pentingnya perkara HALAL dalam kehidupan.
Tidak
dapat dinafikan, kesan dari isu ini kepada sesebuah entity pemilikan perniagaan
di Malaysia, juga di Indonesia akan terjejas teruk dari segi pemasarannya,
kecuali kepada produk-produk yang terang-terang bukan halal atau memang bukan
untuk pasaran orang Islam.
Cadbury
Foto dari Harian Metro |
Bagi
yang memang sensitif dan memang sentiasa berusaha untuk menjaga pemakanan
mereka, isu Cadbury ini sudah tentu akan membuatkan mereka menjauhkan terus
dari jenama ini, mungkin untuk selama-lamanya, walaupun ada pihak-pihak yang
berkuasa atau menjadi pemantau kepada penentuan halal atau tidak sesuatu barangan
itu mereka sudah tidak peduli lagi. Ragu-ragu itu subhah dan amalan para
sahabat Nabi dan wali sejak dari dulu memang menolak bukan saja yang haram
malah yang duduk di tengah antara halal dan haram itulah subhah yang wajib
ditolak. Memang ada hadis qudsi mengenai perkara ini dan diharap pembaca yang
masih tidak mengetahuinya silalah cari-cari di google search tentang hadis ini!
Atau tanya saja para-para ustaz yang ramai sekarang!
Jenama
Sumber: http://www.eat-halal.com/ |
Soalnya
mereka yang berniaga ini sudah tentu tahu pasaran mereka dan harapnya selepas
ini mereka-mereka ini mengambil tahu tentang semua asal-usul ramuan-ramuan dari
sekecil-kecil perisa atau bahan agar mengelak dari perkara ini menjadi isu
seperti hal Cadbury pada masa akan datang.
Banyak masa, tenaga dan wang yang dilabur untuk menjadikan sesebuah
jenama itu sehingga peringkat sekarang dan sudah tentu untuk mengembalikan
kepercayaan kepada jenama ini akan menelan belanja yang lebih besar.
Namun
untuk sekadar muhasabah diri saya dan semua pembaca yang bersetuju, kita juga
harus mengambil iktibar kenapa kita selalu ‘double-standard’ dalam perkara
halal-haram ini. Umpamanya rokok
yang masih lagi ramai menghisapnya walaupun sudah difatwakan ianya haram. Masih ramai lagi termasuk yang bergelar ustaz
masih merokok! Riba juga haram tetapi kita mengamalkan system riba dalam
urusan kehidupan kita, untuk membeli rumah, kenderaan dan lain-lain. Tidak
nampak usaha-usaha yang gigih dari sesebuah organisasi atau komuniti Islam yang
bergerak menangani perkara haram ini secara konsisten malah tidak pula “jijik”
untuk mengamalkannya!
Muzik
Kumpulan pop rock OZON dari Pendang, Kedah |
Apa
pula kaitan rencana ini dengan muzik? Sebuah blog berkenaan perniagaan muzik bercerita
tentang halal-haram? Apa kena-mengena pula?
Sudah
tentu ada kena-mengena. Muzik adalah
terpenting dalam setiap medium pengisian fitrah kreatif seperti filem,
video, animasi dan menjadi tarikan populariti bagi mengisi sesuatu majlis atau
pengacaraan samada acara hiburan atau tidak.
Kita tidak pernah dengar lagi ada yang berusaha untuk menjadikan sumber
hiburan untuk umat Islam di kalangan kita bersumberkan hiburan halal?
Ironinya
kita gelarkan hiburan seperti nasyid, zikir dan qasidah sebagai hiburan alternatif? Dan bukannya hiburan
halal? Ataupun hiburan yang mengikut adab? Ada yang lebih ekstrim terus
‘mengharamkan’ muzik! Realistikkah tindakan itu sebab kita hidup di zaman yang
semuanya memerlukan “screen monitor” termasuk computer, tablet, smartphone dan
pelbagai jenis apps?
Hiburan berasaskan sekular
Dan kita
terus menerima hiburan berasaskan sekular sehingga ke suatu tahap ‘terpaksa’
menerimanya sebagaimana kita ‘terpaksa’ menerima system riba dalam setiap
urusan kewangan kita.
Isu
cetak-rompak juga ada kaitannya dengan halal-haram ini. Ada kalangan kita yang
masih tidak faham atau sengaja dan buat-buat tidak faham bahawa menaikturun
lagu-lagu dan mengedarkan lagu-lagu adalah dikira sebagai pencuri!
Hiburan membentuk budaya dan budaya membentuk peradaban. Peradaban pula membentuk tamadun. Tamadun apa yang kita hendak corakkan kepada generasi ummah selepas ini?
Amat
sukar untuk pengeluar-pengeluar kandungan hiburan berlandaskan syarak bersaing
dengan kandungan hiburan sekular. Ditambah dengan umat Islam yang juga telah ‘larut’
dalam siaran bertalu-talu samada memang disukai ataupun di ‘strategikan’ untuk
memikat atau mengelirukan umat Islam, kita perlukan dana promosi yang besar
untuk mendekatkan produk hiburan Islam bukan saja kepada umat Islam tetapi juga
seluru dunia.
Umat Islam memang amat perlukan hiburan yang berlandas atau mengikut syarak. Kita telah lama membiarkan urusan hiburan halal ini 'di bawah karpet' seolah-olah tidak mahu kita tafsir secara terbuka. Kita amat perlukan hiburan halal dianggap tidak kurang pentingnya dengan produk halal makanan dan pakaian. Kita perlukan program pemasaran yang besar dan komited. Adakah MATRADE boleh menerajunya?
Sumber: http://www.mihas.com.my/#sthash.JJM5v7n7.dpbs |