Tuesday, April 2, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Anda perlukan syarikat rakaman?
Assalam. Saya masih banyak menerima permohonan untuk menjadi artis rakaman dari sumber2 portal Rangkaian Usahawan Muzik-www.loonaq.my atau dari page rasmi Loonaq Records www.facebook.com/LoonaqsPage samada posting terbuka atau pun pesanan kotak (inbox message).
Bersabar dan mungkin anda diterima oleh pendengar atau tidak, bergantunglah pada penerimaan masing-masing. Hakikatnya anda sudah jadi artis, tak kisahlah kalau dilabel oleh orang2 yang memang suka melabel sebagai artis Youtube ke, artis FB ke, artis twitter ke atau artis mee segera, yg pentingnya anda buat kerana bakat anda dan biarlah mereka... Dah ramai yg buat, dan ada yg berjaya! Reality berlaku bermula dari fantasi.
Syarikat Rakaman akan pupus?
TIDAK. Industri muzik tidak akan pupus sebab ianya adalah salah satu keperluan fitrah kepada kehidupan manusia sejagat. Perniagaan yang berubah. Jadi kenapa mentaliti manusia yang punya bakat tak nak berubah? Bakat anda akan pupus kalau anda tak berubah mengikut kehendak manusia berhubung atau mengendalikan kehidupan mereka dengan muzik.
Monetizing, Content Partner, Contentpreneurs dan Digital Platform
Perggh! memang payah nak beri kefahaman kerana kebiasaan telah menjadi budaya. Yang tak berubah akan pupus sebelum waktu.
Sunday, March 17, 2013
Islamik Pop: Jenama Membangunkan Ummah
Grafik oleh Ahmad Zahir 2020 |
Assalamualaikum WBT.
Artikel ini sekadar mengingatkan diri kami dan umat Islam semua agar tidak terjebak dengan pemikiran sempit lagi ekstrim untuk menolak pandangan-pandangan membuang dan mengelak menggunakan sepenuhnya teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh musuh-musuh Islam iaitu dakyah memesongkan apa yang Allah dan RasulNya tegah, sebaliknya mempromosinya sebagai suatu aspek kemodenan, keterbukaan dan cara hidup (lifestyle) menerusi SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS dan SMOKE. Perjuangan mereka untuk mengubah aspek ketamadunan dan budaya manusia keseluruhannya serta untuk menolak kuasa Tuhan atau mempercayai Tuhan bukan baru bermula, malah ianya dirancang dengan rapi, sehinggakan ibu-ibu melahirkan tuannya, membuang rasa malu dan kerakusan terhadap keseronokan dunia.
Adakah kita mahu tunduk dengan musuh-musuh Islam yang menggunakan sepenuhnya teknologi masakini mempengaruhi aspek nilai-nilai kerohanian murni kita? Adakah dengan berpendapat bahawa mengelakkan teknologi merupakan jawapan yang rasional dalam dunia moden sekarang? TV, komputer dan skrin memang tidak dapat dinafikan menjadi signikan besar terhadap keperluan manusia masakini termasuklah umat Islam, dari orang biasa hinggalah kepada imam-imam dan ulama serta pemimpin, semua memerlukannya termasuk untuk mempromosi Allah dan keEsaannya, Nabi-NabiNya dan lain-lain bagi mencipta atau mengekalkan tamadun agama ini.
Menolak kuasa Tuhan?
Justeru itulah kami bawa perjuangan ini untuk mengajak seluruh umat Islam bermula dari pengkarya/pencipta dan mereka yang berbakat untuk menyampai atau membuat persembahan dengan bahan-bahan yang baik dan sesuai dengan norma-norma etika Islam; walaupun terpaksa kita berlembut sedikit dengan memberi peluang kepada anak-anak muda dengan disokong minat mereka mengikut naluri kesukaan masakini spt lagu-lagu pop, metal, rock, dubstep dan lain-lain. Namun ini bukan perjuangan kami sebagai individu semata, ianya adalah perjuangan semua umat Islam termasuk menyokong dan memastikan pelabur-pelabur yang membuat pelaburan mengusahakan bahan-bahan ini (label/pemuzik/artis) untuk masuk ke wilayah-wilayah SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS DAN SMOKE secara bertubi-tubi mempromosi mungkar dan membuang malu pada setiap diri Muslim dan Muslimah, dan ianya bukan agenda bermusim atau sekadar ada sahaja.
Tak perlu lagi kita huraikan tentang peranan yang telah dan sedang serta akan dijalankan menerusi skrin, songs, seks dan sports kerana itu semuanya telah di integrasikan menjadi satu teknologi iaitu telekomunikasi satelit dan digital yang semuanya boleh dihubungkan menerusi satu telefon bimbit sahaja dan apa-apa gajet-gajet untuk keperluan multimedia. Berikutnya, muncul media social dan community page untuk memudahkan mereka memasukkan ideologi dengan berita-berita fitnah atau adu-domba bagi menggalakkan permusuhan terutama kepada sesebuah organisasi keagamaan.
Atas perkataan SMOKE kebiasaannya orang akan merujuk kepada rokok tetapi sebenarnya adalah sumber asas kepada 'api' dan apabila merebak keluarlah perkataan terbakar (fire). Apa yang mereka bakar?
Racun-Racun Fitnah
Dulu kebanyakkan perkara agenda mereka adalah perang semata dengan membakar dan melupuskan sejarah, membinasakan tamadun dan budaya serta memporak-perandakan salasilah dengan penghapusan etnik termasuk merogol dan membiarkan mangsa melahirkan anak2 luar nikah yang tidak ketahuan asal-usul warisannya, agama atau kepercayaannya, kebangsaannya atau keneragaannya. Namun kini agenda smoke adalah dengan membuat racun2 fitnah, mempersoalkan asas keagaaman termasuk menyokong separuh dan menidakkan separuh, mencampur-adukkan kitab2 dan terkini memasukkan ayat2 suci Al-Quran yang salah atau disalah tafsirkan dan banyak lagi.
Assalam.
Friday, January 18, 2013
Wednesday, January 2, 2013
2013 telah bermula...Jihad Bermula?
Saya tak berapa teruja sangat nak menyambut, memberi ucapan salam atau selamat tahun baru, menghadiri pelbagai program, festival, karnival, pesta dll yang khusus atau tidak, baik yang dibuat untuk meraikan tahun baru ini secara komersil semata, atau dicampur-baurkan bersama pengisian rohani atau total ke arah program keagamaan saja. Bagi saya, ini bukan jelmaan atau ilham yang digarap oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW terutamanya di zaman 4 khalifah2 yg dijanjikan syurga oleh Nabi apabila menetapkan bahawa tahun baru bagi umat Islam adalah diambil dari peristiwa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah. Noktah. Muktamad.
Sambutan Tahun Baru
Saya lagi bertambah pelik jika ada program-program yang diwujudkan atas sifat sambutan tahun baru ciptaan Yahudi dan Nasrani (yang telah disebut sebagai musuh Islam dalam Al-Quran secara nyata dan terang selain iblis/syaitan!) dianjurkan oleh individu atau kumpulan yang dekat dengan ilmu Islam!
Namun begitu subjek ini begitu relatif dengan industri muzik dan hiburan, apalagi kalau muzik dan hiburan itu tidak berkait langsung untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan yang satu, Allah SWT! Begitu halusnya yahudi & nasrani bersatu untuk mencipta pelbagai event yang jarang2 dapat dielakkan oleh umat Islam untuk menolaknya, secara tidak langsung mendorong umat Islam tidak menjadikan qalamullah dan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan. Laa hawla walaa quwataa illa billa hil aliyyil azim...ampunkanlah kami yaa Robb...
Kuasa Ekonomi
Semuanya ini kerana kuasa ekonomi. Mereka jadikan umat Islam bergantung penuh dengan sistem kehidupan dunia yang bertentangan dengan suruhan dan nasihat Nabi Muhammad SAW sehingga umat Islam tidak dapat mengelakknya; dan yang paling sadis mencari alasan paling sinikal untuk membenarkan mereka mengikut sistem tersebut iaitu - TERPAKSA...!
Maka berlangsunglah kehidupan ini dengan budaya ciptaan yahudi dan nasrani dengan mengumpan nafsu keserakahan serta mungkar dan membuang malu sebagai asas hidup yang paling seronok, dan kita umat Islam tidak dapat lari dari cengkaman ini malah terpaksa menerimanya sebagai lumrah kehidupan...riba, rasuah, khianat, zina dll berlaku di depan mata tanpa dapat kita menghalang dan siapa yang menolaknya bagai hidup ketinggalan di zaman purbakala!
Lagu saya JIHAD EKONOMI telah lama tersimpan dalam koleksi tanpa siapa berani nak menyanyikannya dengan alasan takut, tak berani, liriknya terlalu berat tak terdaya nak mengendongnya, terlalu 'direct to the point' atau paling sadis adalah 'kami belum kaya lagi'....!
Mungkinkah tahun ini saya menemui artis yang boleh menerima lagu ini? Insya Allah!
Haji Rozman Haji Abas
Pengurus/Pemillik LOONAQ RECORDS
Tuesday, November 20, 2012
LOONAQ.MY terus GERAK lagi....!
Alhamdulillah sudah semakin ramai artis baru dan lama yg mempunyai album release baru sudah menghubungi dan mengadakan perbincangan untuk menjadi Content Partner (CP) di dalam Portal Jualan Muat turun Digital & Online Store LOONAQ.MY
Antaranya adalah AHAS PRODUCTION, FG MUSIC, METRONEWS dan ramai lagi usahawan-usahawan artis indie (tanggung kos sendiri!) yang kini sedang menanti giliran untuk kerja-kerja update server dan design...
Antaranya adalah AHAS PRODUCTION, FG MUSIC, METRONEWS dan ramai lagi usahawan-usahawan artis indie (tanggung kos sendiri!) yang kini sedang menanti giliran untuk kerja-kerja update server dan design...
dan banyak lagi...insyaa'Allah mari bersama LOONAQ.MY portal rangkaian usahawan muzik marhaein ke dunia global...
Friday, November 2, 2012
Geran Pembikinan MTV & Promosi Luar Negara
2 Nov 2012 - Kuala Lumpur. Penggiat industri muzik sudah tentu lega dengan pakej pemberian geran untuk pembikinan video muzik kepada label/artis Msia. Terima kasih diucapkan dan harapnya perlaksanaan atau pemberian ini turut dirasai oleh label-label kecil dan dianggap 'marhaein' oleh segelintir penggiat yang bernaung di bawah label-label antarabangsa dan gergasi-gergasi tempatan.
Walaupun mereka (label antarabangsa dan gergasi tempatan) sebenarnya turut terkesan apabila sistem pemasaran muzik secara fizikal terjejas teruk dengan pembangunan teknologi ICT dan multimedia, tapi mereka masih mampu senyum kerana mempunyai berpuluh-puluh ribu katalog yang kini masih lagi diminati malah lagu-lagu mereka masih diputarkan secara 'produktif' di radio dan TV mainstream.
Kutipan royalti meningkat!
Secara tidak langsung musibah keruntuhan aspek pemasaran fizikal ini (rangkaian kedai-kedai muzik dan berkaitan) sebenarnya merupakan hikmah kepada mereka dengan dapat mengurangkan kos operasi dan pengurusan, antara yang popular ialah dengan memberhentikan pekerja, penggabungan, tetapi sebenarnya hasil daripada kutipan royalti MACP dan PPM juga semakin meningkat. Ini tidak termasuk jualan hasil dari ringtones dari penyedia telekomunikasi tempatan!
Label Antarabangsa vs. Label Indie?
Sudah jelas sebab dan musabab perjuangan label-label antarabangsa dan gergasi label tempatan tidak sama dengan perjuangan dan 'rengekan-rengekan' atau sungutan pemain-pemain kecil seperti label kecil dan artis indie, jadi haraplah kementerian yang dipertanggungjawabkan ini dapat melihat skop dan pandangan pemberian geran-geran ini dari semua sudut, selain dari memastikan aspek komersil turut dipenuhi.
Diharapkan juga selepas kaedah pemberian geran ini dimulakan, kerajaan dapat memulakan geran-geran promosi radio, TV dan media internet sosial yang sememangnya lebih amat diperlukan dibanding dengan geran pembikinan MTV ini, terutamanya oleh label-label sederhana dan kecil seperti yang disebutkan di atas. Soal mempopularkan inilah yang menjadi subjek terpenting kepada pembangunan industri media kreatif berhubung muzik kerana banyak produk atau artis-artis baru mahupun yang veteran yang membuat 'comeback' hilang tanpa suara dan rupa dalam landskap industri akibat gagalnya mereka 'mempopularkan' diri mereka sejajar dengan tuntutan media-media 'mainstream' yang dimiliki oleh konglemerat atau korporat yang hanya ingin menumpang populariti seseorang artis yang telah sedia ada popular atau mempunyai peminat yang ramai.
Geran Promosi Dalam Negara?
Namun geran promosi ke luar negara adalah amat dialu-alukan dan dinantikan. Atas nama promosi, memang inilah yang diharapkan tetapi sudah tentu tidak ramai artis-artis yang di bawah label kecil atau artis-artis indie yang mampu mengeluarkan kos sendiri terlebih dahulu sebelum dapat di 'reimburse' kan oleh kementerian seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat pemberian geran ini. Hakikatnya kos untuk melaksanakan promosi dalam negara pun masih ramai yang tidak mampu, inikan pula mahu mempromosi di luar negara!Apapun saya melihat langkah-langkah awal seperti geran ini (bukannya pinjaman seperti yang dilaksanakan dahulu iaitu Dana Industri Kreatif yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional) adalah titik mula yang 'exciting' dalam industri muzik yang telah dilupakan oleh pihak kerajaan yang menumpukan seluruh jiwa raga mereka dalam filem dan animasi....
Ayoh kawan-kawan, mari sertai http://loonaq.my https://loonaqrecords.com sebagai Portal Muzik Online & Digital Distribution anda...
Sunday, October 14, 2012
Panduan Usahawan Muzik- Rancang Strategi Sebelum Mulakan Produksi
Saya akui saya bukanlah berjaya sangat dalam industri muzik, tetapi saya ada pengalaman merancang dan melaksanakan idea2 saya yg kadang2 dipanggil orang 'tak masuk akal'!
Waktu saya mula memanggil band FTG untuk buat rakaman di studio untuk rakaman album secara professional (sbb ketika itu banyak band2 underground cuma buat rakaman demo di studio2 jamming je!), ramai juga yang kata saya dah hilang akal, sebab ketika tu hampir semua syarikat rakaman berlumba2 buat album band rock, macam2 jadinya hingga dah macam tak rock pun asal ada bunyi ketuk drum kuat2 kasi power atau bunyi gitar solo atau intro goreng sampai layu...lepas tu posingkan anggota band dengan baju rockers...maka jadilah band tersebut sebuah band rock...! Tp mmg boleh jual...1st release pun kaset print 3,000 unit kira takda return punya...yg peliknya saya pilih band underground thrash metal?
Penerbit dan Pemuzik yang sama!
Sampai sekarang saya masih terdengar2 seorang komposer tersohor di sini (sekarang dah jadi legend!) perkataannya mengatakan saya gila dan bodoh! Tapi saya buat juga, sebab saya dah kaji pasaran muzik yg dah tepu ketika itu dengan muzik pop rock jadi rock cinta dan akhirnya jadi rock kapak sbb nampak ganas tapi sebenarnya menghiris...! Satu lagi kebanyakkan album2 rock ketika itu kebanyakkannya dimainkan oleh pemuzik2 yang sama, penerbit2 yang sama dan penulis lirik2 yang sama...kebanyakkannya!?
Dan akhirnya lepas FTG muncul Modar, The Pilgrims, Infectious Maggots dan kompilasi The Circle of Friends yg menggabungkan 4 buah band underground alternatif rock, ianya menjadi fenomena! FTG baru 2 minggu di pasaran terus terjual hampir 10,000 unit kaset dan terus meningkat sehingga lebih 80,000 unit; Modar (lebih kurang 12,000), The Pilgrims (35,000) I.Maggots (20,000) & Circle of Friends (lk 5,000) sehingga tahun 1994-95 rasanya sebelum saya bergabung dengan Kirawang Muzik utk projek seterusnya sehinggalah secara total saya berhenti dari perniagaan ini utk beralih kepada perniagaan lain. Ketika itu syarikat2 rakaman besar dan international telah mula menumpu kepada arah muzik underground dan alternatif rock ini secara aggresif.
Apakah rahsianya?
Sebab saya yakin pasaran muzik ketika itu sudah tepu...maknanya macam trend rock sudah nak pudar tapi masih ada pengikut yang ramai...pendengar perlukan material lain...Yakin juga tak cukup tapi usaha untuk memasang strategi dan melaksanakan misi promosi secara terus dalam masa yang panjang....
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 4, 2012
UCOP - Resah Dalam Rindu
UCOP - Resah Dalam Rindu
Gabungan cover kaset awal, masa ni CD baru je diperkenalkan dan hanya dicetak untuk promosi di radio RTM sekitar tahun 1992-93
Gabungan cover kaset awal, masa ni CD baru je diperkenalkan dan hanya dicetak untuk promosi di radio RTM sekitar tahun 1992-93
Friday, September 28, 2012
#google+
#loonaqrecords
#malaysia. #islamikpop
#mattersme
#Recording Software
#recordingartist
#recordingcompany
#recordlabel
#syarikatrakaman
#video muzik
electronic music
free Mp3 music
free music
Entertainer berjiwa Entrepreneur!
Muzik Elektronik
Rencana kali ini khas untuk pemuzik-pemuzik yang meminati muzik digital, iaitu rakaman muzik digital menggunakan software-software yang banyak berada di pasaran sekarang. Kini ianya dipanggil rakaman muzik elektronik.Membunuh Pasaran Studio Analog
Sepertimana internet telah dan akan melenyapkan terus pasaran album dalam bentuk CD atau kaset dengan teknologi download yang berleluasa tanpa dapat dibenteras malah dicegah, muzik digital ini juga akan pasti dan sudah mula membunuh pasaran pengguna-pengguna atau pelanggan-pelanggan studio rakaman analog dan semi analog.
Teknologi Software Rakaman
Kini semakin ramai pemuzik-pemuzik menggunakan peralatan digital muzik elektronik untuk merakamkan muzik mereka dengan menggunakan komputer peribadi ataupun notebook sahaja. Ini banyak mengurangkan kos samada sewaan studio malah kos kenderaan yang semakin meningkat. Teknologi ini semakin bergerak dan tidak lama lagi komposisi dan gubahan muzik boleh dilakukan dari iPhone dan iPad juga telefon android.
Kini studio-studio rakaman analog atau semi analog hanya diperlukan
untuk merakamkan peralatan drum yang mana untuk menghasilkan drum yang
dimainkan oleh pemain drum yang sebenar. Namun begitu tidak lama lagi
akan terhapus juga kerana kini telah mula terdapat software atau clip-clip
‘loops’ rakaman drum yang boleh di 'cut and paste' yang hampir sama malah boleh
mengatasi mutu permainan/sound pemain drum yang sebenar!
Maka hasilnya kini kita dapati satu demi satu syarikat rakaman yang dulunya tumbuh bagai cendawan kini hilang atau menutup operasi termasuklah syarikat-syarikat yang ditunjangi oleh syarikat rakaman antarabangsa.
Dengan tindakan tersebut maka kini semakin kecil peluang yang boleh didapati oleh penyanyi-penyanyi yang hanya tahu menyanyi dan mengharapkan syarikat rakaman menguruskan segalanya. Kini sudah terlalu amat kurang acara majlis memperkenalkan artis baru kecuali dari syarikat-syarikat television yang menganjurkan program-program bakat baru secara realiti. Namun setelah bertahun-tahun syarikat TV itu juga tidak mampu meneruskan pembikinan album-album baru berterusan kerana kos yang tinggi termasuk kos promosinya.
Kesan seterusnya dirasai oleh pemuzik-pemuzik tegar seperti pemain drum, gitar, piano, viola dan lain-lain kerana dengan terdapatnya software-software rakaman elektronik muzik, pemuzik-pemuzik ini boleh diperolehi dari komputer sahaja.
Rakaman di toilet!
Kini tidak ramai lagi kita lihat kemunculan penerbit-penerbit album baru atau penggubah muzik kerana dengan kepandaian menggunakan peralatan elektronik seperti MIDI, Sequencer, muzik software dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit atau penggubah muzik tanpa perlu ke kelas, kolej atau university! Malah rakaman boleh dibuat di mana-mana, boleh jadi dari dalam bilik tidur, malah dari toilet atau dalam almari pakaian…!
Jadi
saranan saya kepada pemuzik-pemuzik baru atau penyanyi-penyanyi baru, anda
harus berhijrah minda dan fizikal kepada menjadi pemuzik, penyanyi atau
penghibur yang berlandaskan kepada perniagaan sendiri. Loonaq.my akan
cuba memandu anda menjadi Entertainer
yang berjiwa Entrepreneur!
Monday, September 24, 2012
Rangkaian Usahawan Muzik (Bhg 1)
Assalamualaikum Wbt!
Perniagaan muzik kini telah berubah. Hakikatnya tak banyak
lagi syarikat rakaman berlumba2 utk membuat album2 baru. Kini peluang terbuka
kepada label2 kecil ataupun artis/pemuzik sendiri membuat ketrampilan secara
direct kpd fans. Internet khususnya
media sosial telah merubah landskap industri muzik dalam media baru yang lebih
terbuka dan globalisasi…MUZIK tidak lama lagi akan menjadi komoditi yang
PERCUMA atau murah….khususnya apabila awan (cloud) dijajah oleh gergasi-gergasi
mulitimedia & telekomunikasi satelite…
Namun kreativiti tidak akan berhenti…ilham akan membuak-buak
dan perlukan platform untuk dijelmakan, dipaparkan, dipromosi dan dijual-beli.
Seni boleh datang dari mana2; dari seniman jalanan, dari seniman elit; seniman
kampungan atau seniman metropolitan…akhirnya keupayaan untuk hidup menyedut
udara Allah SWT termasuk melangsaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan
agama juga memerlukan ‘wang’….adalah asas kepada sebuah kehidupan. Siapa2 yang
lari dari ‘hakikat’ ini pasti akan
kecundang dan tewas di dunia (yg pasti belum tahu samada mahu tewas di akhirat
Wallahualam..!)…
Ironinya kreativiti kini ditakrifkan sebagai industri
(malang nasib Pak Pandir tak hidup zaman ini yang menaik-tarafkan angan2!)
kerana sumber dana datang dari pihak yang ingin menggunakan angan2, imaginasi,
khayalan, ilham kepada industri kreatif. Mereka ini adalah golongan yang
mewujudkan platform “itu&ini” dan menggunakan semua bahan2 industri kreatif
ini untuk dipapar dan didengar seluruh khalayak semesta alam menerusi teknologi
networking yang berada di hujung jari mereka saja…dan semuanya ini memerlukan
dana investment yang besar…!
Golongan ini juga tidak menilai jiwa, emosi atau sebarang
etika konsep; mereka mencipta cara baru untuk menilai iaitu dengan melihat
LIKE, FOLLOWERS, SUBSCRIBERS, VIEWS, SEO dan lain-lain lagi. Jadi tak usahlah kita terkejut sekarang bila
mana fitnah, adudomba, tipudaya kini telah di’kreatif’kan untuk untuk menaikkan
rating sesebuah platform….
Ohh begitu besar subjek ini jika hendak dibincang…baiklah
kita kembali kepada topik asal iaitu muzik.
Jadi, di manakah nilai bakat semulajadi atau bakat asuhan
seseorang seniman artis/pemuzik yang mau dikembangkan? Adakah anda hanya
berserah pada nasib dengan mengambil langkah2 yang diambil oleh Yuna dan Najwa
iaitu dengan merakam sendiri lagu/video dan upload di Youtube…so anda pun
upload bermacam2 aksi anda…kemudian anda dapati viewers anda tak sampai2
mencecah puluh2 ribu hanya sekadar kurang dari 200-300 saja? Kalau jawapan anda
adalah YA, hakikatnya bukan anda seorang yang jadi begitu, ramai lagi. Kalau
tak percaya cuba cari di Youtube tu…cuba tengok berapa ramai yg dah view…ada
yang tak sampai 100 viewers pun!
Justeru itulah LOONAQ RECORDS diwujudkan…
i. membina platform untuk portal jualan online & muat turun digital;
ii. membina jaringan promosi secara berkelompok/berstrategi di media fizikal dan maya;
iii. membina jaringan media sosial secara berkesan termasuk membimbing artis/pemuzik menjadi usahawan internet/media sosial & blog;
iv. merintis jalan menjadi usahawan secara amnya...
Kami dah mulakannya dgn SAFIYA, OZON & HUFAZ, akan
menyusul ELLY, SALIMA AF, ALI TERRA ROSSA, ROCKTONE & SYED SAMUDERA; kami
usahakan program Rangkaian Usahawan Bakat...bincang dgn kami sekiranya anda
punyai bakat & ingin menyertai rangkaian perniagaan ini...
Ada tiga kategori yang boleh dipilih untuk menyertai
Loonaq.My
1. Usahasama rakaman album samada single, mini atau
full album secara tajaan penuh (terms & conditions apply);
2. Usahasama pemasaran termasuk promosi sesebuah album
yang telah siap master copy tetapi masih belum diedarkan secara fizikal ataupun
di internet (terms & conditions appy);
3. Usahasama sebagai ‘content partner’ di Loonaq.My
portal jualan online dan digital download (terms & conditions appy).
JOM! Bincang dengan kami di loonaqrecords@gmail.com . Usaha kecil untuk umat Muhammad SAW....